Berita UtamaIstimewaUtama

DAP makin KURANG AJAR

Kenyataan rasis Adun Mengkibol tak sensitif insiden di Christchurch

BANGI, 8 Rejab 1440H, Jumaat – “Makin kurang ajar dan melampau pimpinan DAP ini”. Demikian kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengulas kenyataan dibuat seorang wakil rakyat parti cauvinis dan tamak haloba itu.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin mengeluarkan kenyataan mengaitkan insiden serangan ke atas masjid di Christchurch, New Zealand, dengan permuafakatan UMNO dan PAS.

Memetik laporan Malaysiakini, Ching Sin berkata pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, New Zealand harus menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme, sebelum menarik balik kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan awalnya menyatakan kebimbangan mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.

“Persepakatan Umno dan PAS serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali. Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing..” katanya dalam satu kenyataan.

Dia kemudian menarik balik kenyataan itu atas alasan bahawa ia telah menyebabkan ‘salah faham’.

Membidas kenyataan itu, Asyraf Wajdi berkata, wakil rakyat DAP itu sedikit pun tidak sensitif dengan perasaan umat Islam yang sedang bersedih dan berdukacita dengan kematian saudara-saudara seIslam di New Zealand.

“Makin kurang ajar dan melampau pimpinan DAP ni. Selepas Lim Gun Eng dan Nga Kor Ming membuat kenyataan rasis dan chauvinis, kali ini giliran YB Chew Chong Sin pula mengeluarkan kenyataan biadab dengan mengaitkan insiden pembunuhan beramai-ramai umat Islam di dua Masjid di Christchurch New Zealand dengan permuafakatan UMNO-PAS.

“Bukannya mahu bersimpati tetapi cuba memberi amaran seolah-olah insiden sama akan berulang di Malaysia jika permuafakatan UMNO dan PAS menjadi kenyataan dan didakwanya permufakatan ini hanya untuk memainkan sentimen agama dan bangsa.

“Apakah asas kenyataannya ini? Apakah selama 61 tahun UMNO mentadbir Malaysia, kaum dan agama lain dizalimi dan ditindas? Apakah kerajaan PAS yang memerintah hampir 30 tahun di Kelantan juga pernah menindas bukan Islam?,” katanya.

Asyraf berkata, kini semakin jelas dari sehari ke sehari terserlah nilai pelampau dan perkauman yang hakikatnya menjadi orientasi perjuangan DAP selama ini.

“Seharusnya rakyat berbilang agama dan bangsa wajar menolak parti rasis dan chauvinis DAP yang boleh menjadi punca persengketaan dan perselisihan agama dan kaum di negara ini,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close