Berita UtamaIstimewaPendapatUtama

‘Anggap bom nuklear meletup di Pasir Gudang… tunggu apa lagi’

Rayu keluar dari kawasan bencana, pergi daerah lain lebih selamat

MALAM tadi adalah waktu untuk aku sekeluarga bergegas keluar dari daerah Pasir Gudang ini. Harus pantas.

Seriuslah kes ini. Pencemaran kimia yang melibatkan gas Cyanide bukan biasa biasa boss!

Dahulu ketika Perang Dunia I, gas Cyanide digunakan sebagai senjata kimia bermula dari tahun 1916 sehingga 1918.

Kemudian pada Perang Dunia II, pihak Nazi Jerman gunakan gas ini untuk buat pembunuhan manusia beramai ramai (genocide) yang dipanggil Final Solution.

Para pegawai atasan dan pengintip mereka pun dibekalkan dengan tiub kaca berbentuk pil mengandungi cecair Cyanide yang mesti digunakan bila mereka ditawan oleh pihak musuh.

Masukkan dalam mulut dan gigit untuk patahkan tiub kaca itu. Mati terus serta merta. Terkilan pihak Tentera Berikat (baca: musuh) nak korek rahsia daripada mereka. Ha… macam itulah.

Bagi aku yang pernah study Kejuruteraan Kimia dulu, perkataan “Acrylonitrile” bukanlah pertama kali aku dengar. Projek akhir tahun kami pun ada yang buat plant (kilang) bahan kimia ini.

Sisa buangan daripada penghasilan Acrylonitrile inilah datangnya si Cyanide tu.

Kalau ‘hangpa‘ nak tahu inilah komponen utama dalam bahan kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

‘Gila’ betul kan siapa yang buang ini?

Nak bagitau sifat gas Cyanide ini pula, ia akan menghalang sel darah membawa oksigen dalam badan.

Tambahan pula ia lebih ringan daripada udara maka sangat cepat menyebar.

Kesan dari terhidu gas kimia ini bukan sahaja akan nampak dalam masa sekarang, malah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang.

Ia boleh jadi penyebab utama kepada kanser paru-paru (lung cancer).

Sahabat warga Pasir Gudang,

Aku rayu kalian keluarlah dari kawasan bencana ini. Pergi ke daerah lain yang lebih selamat. Buat sementara waktu sahaja.

Ini bukanlah kes biasa seperti banjir kerana ia adalah melibatkan udara yang pasti kita sedut untuk bernafas dan kita tak nampak dan bau gas ini.

Senang nak bagi faham macam ini:

Kalian anggaplah macam sebiji bom nuklear dah meletup kat Pasir Gudang, dah tu nak tunggu apa lagi?

Semoga Allah lindungi kita semua dari bencana ini.

Sebarkan agar semua ambil tindakan segera demi keselamatan bersama.

Zulkhairie Khodir 
Warga cakna dan #prayforpasirgudang

Penafian: Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis (telah disiarkan di Facebook penulis), ia tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net

 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close