Berita UtamaDuniaUtama

Zionis lepas gas pemedih mata terhadap guru, pelajar

Sembilan sekolah Palestin berisiko tinggi diserang rejim Israel

HEBRON, 7 Rejab 1440H, Khamis – Seramai 12 pelajar Palestin menanggung kesakitan selepas rejim pengganas Israel melepaskan gas pemedih mata ketika menyerbu masuk sebuah sekolah di Tebing Barat, di sini semalam.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, rejim Israel memecah masuk Sekolah Kebangsaan Hebron di selatan sebelum melepaskan gas pemedih mata terhadap guru dan pelajar sekolah berkenaan.

“Mereka yang cedera akibat terhidu gas pemedih mata telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.

Sekolah Kebangsaan Hebron adalah salah satu daripada sembilan sekolah Palestin yang terletak di bawah kawalan tentera Israel – yang berisiko tinggi untuk diserang.

Difahamkan, pelajar sekolah itu perlu melalui pos pemeriksaan Israel untuk ke sekolah.

Pada laporan tahunan 2017, Kementerian Pendidikan Palestin telah mendokumenkan pelanggaran kerajaan Israel terhadap pendidikan Palestin, dengan menyatakan 80,279 kanak-kanak Palestin dan 4,929 guru serta kakitangan ‘diserang’ oleh peneroka Israel mahupun tentera.

Menurut laporan itu, sembilan pelajar terbunuh, manakala 603 pelajar dan 55 guru serta kakitangan sekolah cedera akibat terkena peluru hidup dan peluru getah oleh rejim Israel.

Sementara itu, 12 pelajar pula menderita selepas rejim Israel melepaskan gas pemedih mata terhadap mereka. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close