Berita UtamaDuniaUtama

Krisis lebih buruk jika pelarian Rohingya dipindah ke pulau kecil

PBB beri amaran kesan rancangan penempatan semula Bangladesh

GENEVA, 7 Rejab 1440H, Khamis – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Bangladesh berhubung rancangannya untuk memindahkan 23,000 pelarian Rohingya ke sebuah pulau yang tidak didiami dan terdedah kepada cuaca buruk.

Wakil khas hak asasi manusia PBB ke Myanmar, Yanghee Lee berkata, rancangan Bangladesh itu hanya mewujudkan krisis kemanusiaan baharu untuk pelarian Rohingya jika diteruskan bulan depan.

Memberitahu Majlis Hak Asasi Manusia di sini, Lee berkata, dia tidak pasti sama ada pulau Teluk Bengal itu boleh dan selamat dihuni atau sebaliknya.

Katanya, penempatan semula yang tidak terancang dan tanpa persetujuan etnik Rohingya berpotensi untuk mewujudkan krisis baharu, bahkan lebih buruk.

Lebih 730,000 Rohingya ditempatkan di kem-kem yang penuh sesak di sempadan Bangladesh selepas melarikan diri daripada tindakan kejam rejim Myanmar pada akhir tahun 2017.

Berikutan lambakan pelarian di negara itu, Bangladesh merancang untuk memindahkan sebahagian besarnya ke sebuah pulau kecil berlumpur, yang dikatakan muncul dari laut dua dekad lalu.

Walaunpun rancangan itu dibantah, kerajaan Bangladesh tetap mahu memindahkan 100,000 pelarian ke pulau itu, dengan alasan untuk mengurangkan kesesakan di kem.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close