Aminuddin bin YahayaPendapatUtama

Buang penjawat awam satu tindakan drastik tak wajar

Kerajaan boleh kurangkan perbelanjaan lain termasuk elaun rumah

KERAJAAN dikatakan sedang meneliti kemungkinan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam. Ini disebabkan kos gaji yang tinggi, menurut kerajaan.

Bagi saya, ini tindakan yang tidak berapa tepat. Kerana suasana ekonomi sekarang adalah bersifat sementara. Untuk menbuat tindakan yang drastik sebegini amatlah tidak wajar.

Lagi pun, majoriti penjawat awam adalah orang Melayu.

Banyak langkah penyelesaian lain yang boleh dilakukan selain mengurangkan jumlah kakitangan. Misalnya, kerajaan boleh kurangkan kos seperti elaun rumah. Jika RM100 sahaja dipotong, kerajaan dijangka dapat jimat sebanyak RM1.8 billion setahun.

Penjawat awam tidak perlu menggunakan khidmat ‘business class’ untuk urusan perjalanan (travel) dan tidak perlu sediakan makanan semasa mesyuarat yang kerapkali terbuang dan terbazir. Ini saja dapat mengurangkan kos kerajaan berbillion ringgit setahun.

Maka, kenapa rakyat harus sentiasa dibebani masalah?

Kerajaan kini dilihat seolah-olah hendak berlepas tangan.

Hj Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close