Berita UtamaIstimewaUtama

Adik bangunlah lihat ummi, bapa

Sembilan mangsa pencemaran bahan kimia masih dirawat di ICU

BANGI, 6 Rejab 1440H, Rabu“Masih tergiang-ngiang di telingaku semasa bersalam sebelum adik keluar ke sekolah di hari kejadian 12/3/19.”

Adik: Ummi…, adik cantik kan? (sambil peluk dan cium ummi dengan manja)

Ummi: Ya sayang… adik cannntiiikk sangat-sangat, tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik-cantik niat kerana Allah tau…

Adik: Ya ummi… (sambil kukucup dahinya)

Dengan bapanya pula, dia cium dan peluk erat-erat sambil berkata, adik nak peluk bapa. (seorang anak yang manja dan taat pada ibu bapa).

Ummi dan bapa redha dengan ujian Allah ini, tapi bila ummi dan bapa tengok adik terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan dan segala macam alat membuatkan hati ummi dan bapa lemah dan longlai seluruh anggota… ummi dan bapa hanya mampu menadah tangan pada yang Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik sayang.

Assalammualaikum semua sahabat-sahabat FB yang mengenaliku ataupun tidak. Mohon solat hajat dan doa dari kalian semua untuk Allah berikan kesembuhan buat anakandaku yang dikasihi Affza Balqis binti Ahmad Sahrel, panggilan manja ‘Adik’, 14 tahun…”

 

 

Demikian coretan ibu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, yang kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail, akibat terhidu bahan kimia beracun yang tersebar di sekitar Pasir Gudang, menerusi laman Facebook.

Adik adalah antara ratusan murid, pelajar dan penduduk sekitar Pasir Gudang yang diberi rawatan, susulan pencemaran bahan kimia dibuang pihak tidak bertanggungjawab di dalam Sungai

Hari ini sahaja, dilaporkan seramai 506 orang mangsa direkodkan mendapatkan rawatan susulan pencemaran itu.

Daripada jumlah itu, 166 menerima rawatan di wad biasa dan sembilan berada di unit rawatan rapi (ICU), termasuk Affza Balqis.

Kementerian Kesihatan turut menempatkan dua klinik bergerak di Taman Mawar dan Taman Pasir Putih di Pasir Gudang, untuk memberi rawatan awal kepada mangsa.

Enam pasukan klinik kesihatan, dua ambulans dan dua pasukan Hospital Sultan Ismail, dua ambulans dan dua pasukan Hospital Sultanah Aminah, serta bantuan ambulans daripada badan bukan kerajaan, turut menyelenggara mangsa kes pencemaran itu.

Dan, atas doa berterusan kepada Yang Maha Kuasa, Adik Affza Balqis dilaporkan sudah sedar petang tadi. Aaminn

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close