Berita UtamaPendapatUtama

Persepakatan UMNO-PAS: Rahmat atau khianat?

Muslihat DAP memecah-belah umat Islam sudah makin terbongkar

1. PARTI yang paling kuat memusuhi Islam di Malaysia merupakan parti yang paling menggelupur apabila faktor utama kedaulatan Islam di Malaysia mula berputik, iaitu melalui persepakatan Melayu yang merupakan bangsa tunggak dan tulang belakang kepada agama Islam di Malaysia

2. Segala pertimbangan rasional dan sikap profesional mereka terus hilang. Lim Guan Eng mula memainkan gendang perkauman penuh berbaur hasutan. Ternyata mimpi ngeri mereka selama ini mula menjadi kenyataan. Jika keadaan berterusan dan momentum penyatuan umat Islam Melayu semakin kuat, tidak mustahil kepimpinan negara yang kini didominasi bukan Islam bakal berkubur

3. Secara rasionalnya, PAS sebagai sebuah parti politik berhak bertahaluf dengan mana-mana parti politik lain. Bukankah sebelum ini PAS juga pernah bertahaluf dengan DAP? Setelah tertipu dan dikhianati (ini memang karakter asasi musuh Islam) akhirnya PAS melakukan tindakan tepat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Lantas kenapa keputusan PAS kali ini untuk bekerjasama dengan UMNO dipertikaikan dan amat menggemparkan negara? Kerana UMNO rasuah? Bagi saya lebih baik bekerjasama dengan parti Melayu yang rasuah daripada bekerjasama dengan parti rasis yang konsisten menentang Melayu dan Islam, dan juga rasuah

4. Tiada siapa mampu menafikan integrasi kaum di Malaysia telah lama gagal. Ya, malah ketika kerajaan BN memerintah lama dahulu. Kita boleh mengkaji dan menganalisa puncanya, tapi faktor utama yang sering disebut ialah keengganan sesetengah pihak untuk menghormati perlembagaan, memperjuangkan sekolah vernakular serta kedegilan untuk memberikan taat setia kepada identiti negara yang ditunjangi raja, Islam dan Melayu

5. Alang-alang polarisasi kaum semakin menebal, biarlah politik kepartian juga mengikuti corak yang sama. Politik berasaskan kaum sudah tentu akan menguntungkan kaum majoriti iaitu Melayu yang selama ini lemah dan berpecah, tertipu dan keliru disebabkan strategi jahat musuh yang amat takut melihat bangsa Melayu yang beragama Islam bersatu

6. Mungkin ada yang mengatakan UMNO tak ikhlas. PAS pun saya rasa bukan ikhlas sangat. Kedua-dua parti politik ini sudah tentu membuat persepakatan atas motif dan agenda politik mereka. Namun, jika ia baik untuk umat keseluruhannya, mengapa tidak?

UMNO dan PAS bukanlah mewakili Melayu keseluruhannya, namun persepakatan mereka mampu memberikan harapan baharu kepada bangsa majoriti Melayu yang selama ini ternanti-nanti hala tuju dan tempat bergantung harap

7. Jika kerjasama PAS-UMNO ini berjalan dengan baik selepas ini sekalipun, masih ramai Melayu Islam yang tidak bersama mereka. Parti PPBM, PKR, PAN dan pengikut mereka yang Melayu masih akan terus menentang. Jadi tidak perlulah risaukan sangat kerjasama ini. Lebih baik kedua-dua pakatan bersaing secara sihat dan profesional.

Berlumba-lumba untuk majukan negara, tambahbaik kualiti hidup rakyat dan yang paling penting pertahankan Islam dan kepentingan umat Islam Melayu di Malaysia. Biarlah rakyat yang menilai. Jangan kita pula yang melatah mengatakan orang nak peranglah, usaha yang sia-sialah dan banyak lagi tohmahan liar yang dilontar

8. Lagipun, kalau kerajaan PH benar-benar kompetitif, disanjung rakyat, mampu memacu ekonomi negara dan mendaulatkan Islam, mereka sebenarnya tidak perlu langsung risau tentang kerjasama PAS-UMNO ini. Mereka sepatutnya amat yakin rakyat akan terus bersama kepimpinan negara sedia ada.

Tapi nampaknya keadaan tidak seperti yang disangka. DAP kelihatan amat ketakutan. PPBM dan PKR pula masih dalam ‘denial state’. PAN seperti biasa ‘play safe’ dan manja berselindung di bawah ketiak DAP. Jelas, muslihat DAP memecah belahkan umat Islam di Malaysia sudah terbongkar. Warna sebenar mereka amat sukar disembunyikan lagi

9. Samada ada kerjasama PAS-UMNO ini solusi atau sekadar gimik politik, bagi saya masih terlalu awal untuk kita menentukannya. Sebagai umat Islam kita mendoakan yang terbaik. Sesiapa yang berdosa, bertaubatlah. Sesiapa yang cekal dalam perjuangan, jangan mudah putus asa.

10. Yang pasti persepakatan ini bukan khianat. Ia mungkin bakal menjadi rahmat. Walaupun tidak disukai oleh golongan yang memperjuangkan ‘rahmatan lil ‘alamin’

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah Isma

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close