Berita UtamaUtama

Jumlah besar penjawat awam tingkat belanja urus negara

Kos perbelanjaan akan ambil sebahagian besar belanjawan negara

KUALA LUMPUR, 5 Rejab 1440H, Selasa – Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta tidak dikawal, kos perbelanjaan mengurus akan mengambil sebahagian besar belanjawan negara setiap tahun.

“Ini juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi perlahan berikutan ketidakmampuan kerajaan berbelanja untuk projek-projek pembangunan yang menjana kesan berganda kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial negara,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu rasional cadangan mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini. 

Dr Mahathir berkata, kerajaan berpendapat jumlah penjawat awam boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian khidmat, punca pendapatan pegawai yang terlibat dan peluang pekerjaan.  – Bernama

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close