Berita UtamaPendapatUncategorized

LGBT ‘menghairankan’ haiwan

Perlakuan songsang bercanggah dengan fitrah manusia

1. SEMALAM Siti Kasim dilihat memerli Mufti Perlis dengan menyatakan bahawa tiada perhimpunan LGBT yang berlaku. Kenyataan ini adalah respon terhadap kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) yang menyifatkan perhimpunan LGBT ini sebagai “menghairankan haiwan.”

2. Pada hakikatnya, kenyataan Mufti tersebut ada benarnya. Maksud yang hampir sama pernah disuarakan beberapa sarjana Muslim bahkan mereka memberikan perumpamaan yang lebih berat.

Sebagai contoh, Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni ketika membahaskan tentang perihal lesbian di dalam tafsir beliau menyebutkan bahawa:

لا شك في أن من يأتي مثل هذه القبيحة النكراء يكون أخس من الحيوان

“Dan tidak syak lagi bahawa mereka yang melakukan perbuatan jijik seperti ini (lesbian dan syahwat yang aneh), mereka ini lebih teruk dari binatang.” (Al-Sabuni, Rawa’i al-Bayan, 2/45).

3. Huraian yang sama diberikan oleh Sheikh Abd al-Rahman al-Jaziri. Ketika membahaskan tentang hukuman liwat, al-Jaziri menjelaskan bahawa amalan kaum Nabi Lut ini adalah diluar fitrah manusia. Malah al-Jaziri menegaskan:

بل إنهم أخس درجة من العجماوات

“Bahkan mereka ini lebih teruk dari binatang” (al-‘ajmawat: haiwan) (al-Jaziri, al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah)

4. Perumpaan ini diungkapkan oleh sarjana Muslim adalah kerana perlakuan ini dilhat bercanggah dengan fitrah manusia, bahkan haiwan. Maka tidak hairanlah perumpaan seperti ini dikeluarkan.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close