Berita UtamaIstimewaUtama

Warga asing maut disambar petir di padang bola Setia Alam

SHAH ALAM, 3 Rejab 1440H, Ahad – Sekurang-kurangnya seorang pemain bola dalam satu pertandingan yang diadakan di padang bola Setia Alam dekat sini, dilaporkan maut selepas disambar petir petang tadi.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai jumlah mangsa, namun tular di laman sosial mengatakan sekurang-kurangnya tiga meninggal dunia.

Difahamkan, mangsa adalah pendatang Bangladesh dan Rohingya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharuddin Mat Taib mengesahkan kejadian itu, tetapi berkata, polis sedang mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu.

Laman sosial mendakwa pengadil sudah menamatkan permainan sebelum kejadian, namun beberapa pemain masih berada di atas padang sebelum disambar petir.

Maklumat lanjut akan dikemaskini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close