Berita UtamaUncategorizedUtama

Petisyen sasar sejuta tandatangan tuntut Najib isytihar harta

Bekas PM digesa isytihar harta buktikan tuduhan salah laku ke atasnya

BANGI, 3 Rejab 1440H, Ahad – Satu petisyen atas talian dilancarkan bagi menuntut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan salah laku – mengisytiharkan hartanya.

Petisyen ‘Sejuta rakyat Malaysia sokong Datuk Seri Najib isytihar harta’ itu dilancarkan menerusi laman sesawang Change.org, dengan lebih 600 tandatangan terkumpul setakat 10.30 pagi ini.

Petisyen yang menyasarkan sejuta tandatangan itu menuntut Najib mengisytiharkan hartanya, bagi membuktikan tuduhan yang terpalit ke atas beliau ketika ini.

“Perdana Menteri sekarang, Tun Dr Mahathir dan semua menteri, termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah isytihar harta.

“Sudah sampai masanya, Datuk Seri Najib pula isytihar harta sebagai menandakan beliau berjiwa rakyat dan memahami kesusahan rakyat. Mari kita kumpul sejuta petition demi keadilan buat Datuk Seri Najib,” kata petisyen itu.

Najib – perdana menteri yang digulingkan rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) – berdepan enam tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah dalam pemindahan sebanyak RM42 juta ke akaunnya dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan kepada pinjaman RM4 bilion dari SRC International daripada Persaraan Dana Inc.

28 Januari lalu, beliau sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tiga lagi pertuduhan membabitkan kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta.

Najib didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhannya RM47 juta, yang mana hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close