Berita UtamaIstimewaUtama

Rakyat lagi takut dengan pemerintahan ala komunis China berbanding Taliban

Tuduh penyatuan UMNO-PAS seperti Taliban hanya propaganda murahan DAP semarakkan ketegangan, permusuhan terhadap Islam

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 2 Rejab 1440H, Sabtu – Rakyat Malaysia lebih takut dengan ancaman pemerintahan ala komunis China berbanding Taliban.

Demikian bidas Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman terhadap kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang tidak senang dengan kerjasama baharu antara PAS dan UMNO, baru-baru ini.

Pemimpin parti tamak haloba DAP itu dilaporkan berkata, kerjasama kedua-dua parti berkenaan akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban jika PAS dan UMNO berjaya membentuk kerajaan.

Membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak itu, Abdullah Zaik menyifatkan Kor Ming gagal memahami suara hati rakyat Malaysia yang sebenar, terutama sesudah berada di posisi kerajaan.

“Rakyat Malaysia sebenarnya dibayangi kekerasan pemerintahan komunis China seperti yang berlaku kepada etnik Uyghur, jika terus berada di bawah pemerintahan yang didominasi DAP.

“Di bawah pemerintahan komunis China, orang Islam dibunuh dan dipaksa meninggalkan agama Islam seperti yang dilaporkan akhbar. Bahkan, mereka dipaksa makan babi, dilarang berpuasa pada bulan Ramadan dan sebagainya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Abdullah Zaik berkata, sejak perubahan tampuk pemerintahan negara, fenomena permusuhan terhadap Islam dan orang Islam tidak dapat disembunyikan, malah sedang berlaku di Malaysia.

“Ini membuatkan mereka berfikir mungkinkah umat Islam di Malaysia akan menerima nasib yang sama jika terus diperintah oleh DAP.

“Tiada bayang Taliban di Malaysia. Taliban hanya hantu buatan Amerika di Afghanistan tidak akan muncul di Malaysia. Membayangkan penyatuan umat Islam sebagai Taliban hanya propaganda murahan pemimpin DAP,” katanya.

Beliau berkata, sebagai pemerintah, DAP sepatutnya bersikap menenangkan keadaan, bukan bertindak sebaliknya dengan menyemarakkan ketegangan menerusi kenyataan yang provokatif dan tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut mencetuskan kemarahan umat Islam apabila menuduh kerjasama PAS-UMNO sebagai ‘pengisytiharan perang’ kepada orang bukan Melayu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close