Berita UtamaDuniaUtama

Mesir musnahkan 9 terowong hubung Sinai-Gaza

2 juta penduduk Gaza bergantung laluan terowong import komoditi asas

KAHERAH, 1 Rejab 1440H, Jumaat – Mesir telah memusnahkan sembilan terowong yang menghubungkan Semenanjung Sinai ke Semenanjung Gaza yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap tentera Mesir, Tamer al-Refai dalam satu kenyataan berkata, terowong itu didakwa digunakan kumpulan pengganas untuk penyusupan ke negara berkenaan, selain aktiviti penyeludupan senjata.

Berikutan sekatan yang dikenakan rejim pengganas Israel dan Mesir, kira-kira dua juta penduduk Gaza bergantung dengan laluan terowong berkenaan untuk mengimport komoditi asas, termasuk makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

Sejak rampasan kuasa tentera Mesir pada tahun 2013, pihak berkuasa negara itu mula mengesan laluan terowong yang didakwa digunakan kumpulan pengganas yang berpangkalan di Gaza.

Pada 2014, Mesir menubuhkan zon penampan di sepanjang sempadannya dengan Gaza berikutan serangan ke atas pasukan keselamatan yang ditempatkan di Sinai.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close