Berita UtamaIstimewaKata PedangUtama

‘Jauhi iblis dan ekstremis’

Kalaulah rakyat biasa yang buat kenyataan 'isytihar perang' sudah lama kena soal siasat, tapi 'rule of law' sekarang berbeza

WALAUPUN sudah membuat pembetulan – menggantikan perkataan ‘perang’, dijadikan pula ‘sasaran’ – pemimpin parti cauvinis dan tamak haloba DAP, Lim Guan Eng, tidak boleh menyembunyikan kegelisahannya berikutan hubungan baik UMNO dan PAS sekarang.

Bukan sahaja DAP, tapi semua parti dalam Pakatan Harapan (PH) mula gentar dengan permainan politik di Malaysia sejak kerajaan bertukar tangan selepas 9 Mei 2018 – belum pun setahun PH memerintah sudah kelihatan kekesalan di hati rakyat, terutama Melayu dan umat Islam.

Lalu, kesempatan itu diambil oleh UMNO dan PAS untuk menjalin kerjasama lebih erat. Hasilnya terbukti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, dan PRK Semenyih – gabungan kedua-dua parti berjaya mengetepikan cabaran calon kerajaan.

Menyedari perpaduan ummah menjadi senjata utama sekarang, UMNO dan PAS duduk semeja berbincang, yang akhirnya mengumumkan kerjasama rasmi kedua-dua parti – permulaan yang diharap bakal membentuk sebuah blok pembangkang baharu ‘Pakatan Ummah’ atau ‘Pakatan Nasional’.

Mungkin tidak diberi perhatian sangat kepada kenyataan kedua-dua parti selepas mesyuarat itu, bahawa kerjasama berkenaan tidak meminggirkan kaum-kaum lain, lalu ada suara-suara sumbang yang mempermainkan hubungan itu.

Paling keras, suara sumbang itu datangnya daripada Menteri Kewangan Guan Eng. Dalam kenyataan awalnya dia berkata kerjasama UMNO-PAS adalah satu perisytiharan ‘perang’ terhadap kaum bukan Melayu.

Kalau lah rakyat biasa yang buat kenyataan sebegini dah lama kena siasat. Tapi ini lah ‘rule of law’ zaman sekarang. Untuk sebelah pihak sahaja. Demikianlah sandiwara yang menjadi tontonan sekarang.

Tapi kita lihat apa yang akan berlaku. Hari ini, UMNO, PAS, MCA dan MIC telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Guan Eng mengenai ‘perang’ itu. Nak kena Akta Hasutan atau tidak?

Dalam isu ‘perang’ yang dikatakan oleh Guan Eng, walaupun dia sudah mengubahnya kepada ‘sasaran’ langsung tiada bezanya. Dan, Pedang tertarik dengan tulisan Naib Presiden Berjasa, Ustaz Hj Mohd Hazizi Hj Ab Rahman.

Katanya:

Hadith riwayat Imam Muslim membawa maksud:

“Iblis menghantar pasukan syaitan untuk menyebarkan persengketaan. Syaitan yang paling dekat darjatnya di sisi Iblis ialah yang paling besar fitnahnya.

Datanglah seekor syaitan mengatakan dia telah buat begini dan begitu, tetapi Iblis menjawab engkau tak buat apa-apa.

Kemudian datang seekor lagi mengatakan bahawa dia tidak meninggalkan mangsanya kecuali setelah bercerai-berai antara suami dan isteri.

Maka Iblis mengambil syaitan itu sebagai yang paling dekat di sisinya seraya berkata ya, engkaulah (yang layak)” (Hadith Sahih Muslim no 2813)

Jika perbuatan menghasut sekadar sepasang suami isteri sehingga bercerai berai itu menyebabkan seekor syaitan mendapat tempat istimewa di sisi Iblis, maka sudah tentu mereka yang menghasut untuk memecahbelahkan empat juta umat Islam UMNO dan PAS menyamai taraf Iblis berdasarkan mafhum hadith sahih ini.

Itu dari sudut agama.

Dari sudut sosial pula, hanya ekstremis penghasut yang busuk hati sahaja yang akan mengatakan perpaduan empat juta umat Islam itu adalah ancaman keselamatan ke atas lebih 12 juta orang bukan Melayu.

Ekstremis penghasut sebegini amat berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum di Malaysia.

Jauhilah Iblis dan jauhilah ekstremis.

Itulah Guan Eng – berpuluh tahun menjadi pembangkang, otak masih kekal sebagai pembangkang walaupun sudah menjadi kerajaan atau kita boleh kata sekarang ini Malaysia diperintah oleh ‘Kerajaan Pembangkang’.

Kata Pedang: Apa kata Mujahid dalam hal ini. Nak diam atau nak bela Guan Eng?

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net, tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close