Uncategorized

Jakim tubuh unit pantau hina Islam, Nabi

Aduan boleh dibuat menerusi WhatsApp ke talian hotline 010-3005260 

KUALA LUMPUR, 30 Jamadilakhir 1440H, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan satu unit pemantau terhadap penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad ﷺ serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, penubuhan unit itu dibuat berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad ﷺ dan perbuatan mempersendakan agama Islam sejak kebelakangan ini. 

Katanya, unit itu juga diminta untuk menerima sebarang aduan dan seterusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya mendapati terdapat kelakuan bersifat menghina atau provokasi.

“Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita. Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini,” katanya dalam satu kenyataan. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, boleh membuat aduan menerusi WhatsApp ke talian hotline 010 – 300 52 60 atau emel ke aduan@islam.gov.my

Sementara itu, Mujahid berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, beliau sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad ﷺ serta agama Islam. 

“Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal,” katanya.  – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close