Uncategorized

‘Senang-senang suruh rakyat lupakan kerugian Khazanah’

Kenyataan bertentangan menteri PH mengelirukan rakyat, kata Najib

BANGI, 29 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Datuk Seri Najib Razak membidas kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang meminta rakyat melupakan isu kejatuhan nilai aset bersih Khazanah Nasional Berhad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau yakin isu berkenaan tidak mudah untuk dilupakan rakyat kerana kerugian ia adalah kerugian pertama dilaporkan sejak tahun 2005, setelah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan.

“Tetapi saya tak pasti Rakyat akan senang untuk lupakan kejatuhan nilai Khazanah sebanyak RM25 bilion, kerugian RM6.3 bilion iaitu kerugian pertama dilaporkan sejak tahun 2005, ataupun berbilion-bilion aset miliknya yang telah dijual selepas PH mengambil alih.

“RM25 bilion sudah lesap dalam masa satu tahun sahaja, senang-senang dia panggil orang untuk lupakan begitu sahaja.

“Satu lagi yang saya nak tanya ialah mengapa masih mahu paksa Khazanah untuk bayar dividen RM1.5 bilion lagi kepada Kementerian Kewangan untuk tahun lepas sedangkan mereka telah rugi besar?,” soalnya sambil memuat naik hantaran Azmin di Twitter semalam.

—————————————————————————————–

Menerusi kenyataan berasingan, Najib sekali lagi menyindir Azmin Ali berhubung isu kerugian serta kejatuhan nilai aset Khazanah sehingga RM25 bilion untuk tahun 2018.

Dalam entri berkenaan, Najib menyenaraikan keuntungan yang diperoleh oleh syarikat induk cabang pelaburan kerajaan itu sejak 2008 dengan RM128 juta sehingga 2017 kepada RM2.9 bilion.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan mengalami kerugian pada tahun 2018, malah aset Khanzanah jatuh daripada RM116 bilion pada 2017 kepada RM91 bilion tahun lalu.

“Azmin kata nilai Khazanah turun RM25 bilion untuk tahun 2018 kerana MAS rugi RM3 bilion. Salah BN dan Najib, kata dia. Lepas tu, dia kata lupakan sahaja isu ini,” sindirnya.

—————————————————————————————-

Najib berkata, kecelaruan dan perbezaan kenyataan kebanyakan menteri Kabinet PH berhubung pelbagai isu, termasuk kos sara hidup sering mengelirukan rakyat.

“Ahad lalu, menteri DAP, Liw Chin Tong kata kos sara hidup bukan tinggi tetapi gaji terlalu rendah. Minggu lepas, seorang lagi Menteri DAP kata gaji minima RM1,100 adalah terlalu tinggi dan perlu diturunkan.

“Bulan Disember lalu, PM ke-7 pula kata kenaikan gaji adalah punca kos sara hidup naik. Maka Rakyat semakin konpius…

“Tolong… buatlah Grup WhatsApp sekarang juga,” sindir Najib.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close