Berita UtamaDr Ahmad Sanusi AzmiPendapat

Mengalah saja pada si kafir

1. PADA September 2017, pengusaha dobi muslim akhirnya akur dengan titah Sultan yang meminta supaya pengusaha dobi muslim itu menarik balik papan tandanya. Tidak seharusnya wujud diskriminasi dan kita mesti hormati juga keberadaan non-muslim.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/…/09/267313/saya-akur-titah-tuanku

2. November 2017, terdapat aduan tentang sebuah hotel di Pahang yang meletakkan symbol larangan terhadap wanita bertudung untuk turun ke kolam renang. Seakan wanita yang berbaju renang Muslim tidak dibenarkan untuk turun ke kolam renang tersebut. Tidak pula kedengaran bantahan terhadap isu diskriminasi tersebut.

Sumber: https://www.ismaweb.net/…/diskriminasi-hotel-terhadap-musl…/

3. Januari 2018, Kementerian Sumber Manusia mengesahkan terdapat 13 hotel yang melarang pekerja Muslimah memakai tudung. Menurut Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee, itu adalah grooming standard yang ditetapkan. Muslimah mestilah menuruti piawaian tersebut. Farisha, seorang Muslimah yang bertugas sebagai penyambut tetamu di hotel lima bintang di Putrajaya berkata dia tidak mempunyai pilihan selain membuka tudung. Muslimah mengalah lagi.

Sumber: https://says.com/…/larang-pakai-tudung-untuk-kerja-frontlin…

4. Ogos 2018, Menteri Agama, Dr Mujahid dikatakan memberikan ruang kepada golongan LGBT untuk menggunakan tandas wanita. Setelah dikecam, Dr Mujahid memohon maaf atas kenyataan yang mengelirukan tersebut. Alhamdulillah, Muslimah tidak mengalah dalam isu LGBT ini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/…/saya-minta-maaf-atas-kenyataan…

5. Isu penghinaan terhadap Rasulullah baru-baru ini juga ada yang berpandangan supaya Muslim seharusnya menggunakan pendekatan yang lembut dan rahmatan lil alamin. Malah Dr Mujahid mempersoalkan demonstrasi awam sebagai luahan kekecewaan terhadap bantahan ini. Isu penghinaan Nabi ini seharusnya tidak dipandang ringan oleh setiap muslim dan muslim tidak seharusnya mengalah.

Sumber:https://www.ismaweb.net/…/hina-nabi-kenapa-nak-buat-perhim…/

6. Beberapa hari lalu, Anwar Ibrahim pula berkongsi (menerusi twitternya) cadangan supaya non Muslim itu tidak dipanggil kafir. Panggil sahaja mereka non muslim atau bukan Islam. Kita mesti mengalah.

Moga Allah menyatukan hati-hati Muslim.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close