Berita UtamaIstimewaUtama

UMMAH mohon Majlis Raja-Raja Melayu pecat Tommy Thomas

Isu Adib, hina Islam, Nabi seolah-olah 'disejukbekukan' Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 27 Jamadilakhir 1440H, Isnin – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) memohon Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengadakan sidang khas bagi memecat Tommy Thomas dan melantik Peguam Negara baharu bagi menjaga kesucian agama Islam di negara ini.

Timbalan Presiden UMMAH, Kamaruzaman Mohamad berkata, ini kerana banyak tindakan seperti isu kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan penghinaan terhadap agama Islam, serta Nabi Muhammad, seolah-olah ‘disejukbekukan’ oleh peguam negara.

“Sekiranya dibiarkan AG hari ini lebih lama di kerusi peguam negara, saya yakin keadaan akan menjadi lebih parah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini, selepas membuat aduan berhubung penghinaan terbaharu terhadap agama Islam, Melayu dan Nabi Muhammad ﷺ.

Ditanya sama ada UMMAH mahu mencadangkan calon muslim bagi menggantikan peguam negara sedia ada, Kamaruzaman menegaskan, sewajarnya orang Islam dipilih kerana salah satu tugas peguam negara adalah memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan undang-undang syariah.

“Bagaimana seorang yang bukan daripada latar belakang perundangan Islam boleh memberikan nasihat yang baik dan tepat kepada Yang di-Pertuan Agong dalam isu-isu membabitkan undang-undang syariah.

“Sebelum ini, ketika krisis peguam negara, UMMAH telah menghantar cadangan seramai lapan calon untuk dilantik sebagai peguam negara. Namun, tiada tindakan diambil,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, sekiranya Majlis Raja-Raja bersetuju melakukan perubahan, UMMAH akan menyokong dan sekali lagi bersedia untuk memberikan cadangan nama tokoh yang sesuai untuk berada di kerusi peguam negara.

Katanya, UMMAH akan mencadangkan individu yang beragama Islam serta mempunyai latar belakang perundangan Islam yang baik dan dan rekod yang cemerlang.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close