Berita UtamaUncategorizedUtama

‘Fitnah politik perkara biasa’

PAS belum bercadang ambil tindakan isu cek RM1.4 juta

BANGI, 27 Jamadilakhir 1440H, Isnin – “Fitnah dalam dunia politik adalah perkara biasa, jadi setakat ini PAS tidak bercadang ambil sebarang tindakan undang-undang kepada pihak yang menyerang,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, PAS juga akan melihat baik buruk setiap tohmahan yang dilemparkan terlebih dahulu, sama ada persoalan yang ditimbulkan itu wajar mendapat respon daripada mereka atau tidak.

“Jika perkara itu masih boleh dipertimbangkan, maka seboleh-bolehnya kami akan menjawab melalui cara politik sahaja dan tidak perlu sehingga membabitkan undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini fitnah yang dilemparkan kepada PAS masih belum mencapai tahap yang menuntut parti itu untuk menggunakan kuasa perundangan.

“Sekiranya PAS menghadapi situasi fitnah yang teruk, kemungkinan kami akan membuat perhitungan untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang ditemui sempena Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Memetik laporan BH Online, Takiyuddin enggan memberi maklum balas mengenai penyebaran gambar pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Datuk Seri Rameli Musa, baru-baru ini.

“Rameli memang kita kenal cuma kita tidak tahu dari segi yang dikaitkan itu memang tiada kaitan dengan kita. Malah, Rameli juga kenal Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rameli didakwa menjadi individu yang membantu membayar wang bagi pihak Abdul Hadi kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, sebagai syarat untuk membatalkan kes saman di mahkamah London.

Sebelum ini heboh di media sosial, tular gambar rekod bank yang menunjukkan Abdul Hadi membayar RM1.4 juta kepada Brown, bagi penyelesaian kes di luar mahkamah.

Sarawak Report dedah cek bayaran Hadi Awang RM1.42 juta

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close