Berita UtamaUtama

Analisis GPS dedah permasalahan utama penduduk Semenyih

Akaun Twitter Najib Razak catat carian dan hantaran tertinggi

BANGI, 24 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Kos sara hidup dan ekonomi adalah antara lima isu utama yang menjadi perbincangan netizen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, esok.

Pada masa sama, empat isu lain turut menjadi bualan hangat di media sosial ialah masalah jalan, seperti kerosakan dan lampu; pengurusan sampah; lambakan pendatang asing; dan pengangkutan awam.

Semua lima isu utama itu dikesan menerusi tinjauan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih yang bermula 16 Februari lalu.

Pengarah GPS, Assidiq Fauzan berkata, analisis media sosial ini dilakukan untuk mengenal pasti perkara yang menjadi permasalahan penduduk Semenyih sekali gus menjadi perkara yang menuntut kepekaan calon-calon wakil rakyat yang bertanding.

“Berdasarkan pemerhatian GPS, isu-isu itu mendapat frekuensi tertinggi menerusi analisis 14,000 hantaran di Twitter,” katanya.

Katanya, walaupun analisis hanya dibuat melalui laman Twitter, tetapi laman media sosial ini menjadi refleksi utama kepada pengguna berumur 22 hingga 35 tahun.

“Selain itu, akaun Twitter rasmi mantan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak turut mencatat carian dan hantaran tertinggi di Twitter sepanjang tempon berkempen PRK Semenyih ini,” katanya.

PRK DUN Semenyih esok, bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul, Zakaria Hanafi dari Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

Kerusi DUN Semenyih kosong susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung.

DUN Semenyih mempunyai 54,503 pemilih berdaftar merangkumi 53,520 pengundi biasa, 951 pengundi awal dan 32 pengundi tidak hadir luar negara.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close