Berita UtamaUtama

SPRM beku akaun, sita aset pemimpin PAS

Takiyuddin beri keterangan dakwaan dana RM90 juta daripada 1MDB

KUALA LUMPUR, 23 Jamadilakhir 1440H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank serta menyita beberapa aset, termasuk kereta mewah disyaki milik beberapa pemimpin PAS berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tanpa memperincikan maklumat rampasan, sumber ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Ya, SPRM ada menyita beberapa aset, “ katanya ringkas.

Pagi tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberi keterangan lebih empat jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan siasatan kes itu.

Sebelum ini, beberapa individu dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan itu antaranya Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close