Uncategorized

Ekonomi negara lebih teruk bawah Pakatan Harapan: Najib

Malaysia dah selamat dari ancaman mutant?, soal bekas PM

BANGI, 22 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjual saham Khazanah Nasional Bhd dalam syarikat-syarikat pegangannya, ketika pasaran saham rendah.

Bekas perdana menteri itu berkata, ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), Khazanah mengklasifikasikan syarikat-syarikat pegangannya – CIMB Bank Bhd, syarikat telekomunikasi Axiata, UEM Adgenta dan UEM Sunrise – sebagai syarikat strategik untuk negara.

“Sebelum PRU14, saham CIMB adalah pada harga RM7.30, tetapi pasaran saham kita telah jatuh teruk selepas PH menang. Jika 63 juta saham itu dijual pada masa baik di mana harganya RM7.30, kita boleh dapat RM460 juta.

“Tetapi PH jual pula pada bulan Disember lalu di mana harga saham rendah (RM5.78) dan hanya dapat RM364 juta – iaitu kekurangan RM86 juta. Jika mahu jual pun, jual pada masa harga saham tinggi di dalam pasaran Bursa yang baik.

“Mengapa terdesak nak jual pada masa Bursa Malaysia tidak baik dan harga pasaran rendah sehingga Khazanah perlu rugi?,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

——————————————————————————————————–

Najib sekali lagi menegaskan bahawa ekonomi negara sebenarnya kukuh sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), ketika mana tampuk pemerintahan negara dipegang kerajaan BN.

Bagaimanapun katanya, tindakan PH yang berterusan menghasut rakyat dan menuduh ekonomi negara sudah hancur serta perlu diselamatkan, walaupun realiti sebaliknya.

“Kadar GDP antara tertinggi di dunia, rizab BNM semakin naik, Bursa Malaysia pada tahap tertinggi dalam sejarah, dividen TH, KWSP, LTAT, PNB semua tinggi, ringgit semakin memulih, defisit kerajaan semakin menurun, walaupun bantuan-bantuan rakyat seperti BR1M semakin naik setiap tahun dan banyak projek yang memberi manfaat kepada rakyat sedang dijalankan.

“Selepas PRU14 pula, semua telah terbalik di bawah mereka. Ekonomi semakin teruk. PH pula ada Buku Harapan bukan kitab suci. Kini, PH akui ekonomi sudah teruk. Tetapi mereka kata tak tahu bagaimana nak Selamatkan Malaysia kerana tidak ada lampu Aladin (poket Doraemon ada tak?),” sinisnya.

——————————————————————————————————–

Najib meluahkan rasa hairan mengapa beliau sering dituduh menjual Pangkalan Udara (PU) Sungai Besi, dan tidak dikatakan zalim kerana membina PU baharu di Sendayan, yang jauh lebih besar serta canggih.

Beliau berkata, walaupun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengambil alih tanah itu daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti tanah TRX, harga jualan RM400 juta juga tidak memberi gambaran yang penuh.

“Antara syaratnya ialah 1MDB tidak boleh memulakan sebarang pembinaan di atas tanah tersebut dan terpaksa menanggung kos pinjaman untuk beberapa tahun sehingga kesemua 8 pangkalan ATM telah siap dibina dan memulakan operasi.

“Setelah kesemua pembinaan dan pemindahan selesai, 1MDB boleh mula memaju dan membangunkan projek Bandar Malaysia yang mempunyak nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM200 bilion – jauh lebih tinggi dari hutang 1MDB kini.

“Ini yang propaganda PH telah sembunyikan mengenai 1MDB sehingga kini seperti TRX bernilai RM40 bilion yang saya telah jelaskan di sini,” katanya sambil sekali lagi memuat naik penjelasan mengenai penjualan PU Sungai Besi itu.

——————————————————————————————————–

Ahli Parlimen Pekan itu sekali lagi ‘menyerang’ PH apabila parti pemerintah berkenaan dilihat membuat kenyataan u-turn berhubung isu projek Lynas.

“Lynas dah tutup belum? Malaysia dah selamat dari ancaman mutant? Ataupun dia dah kebal dari radiasi nuklear selepas DAP berjaya merampas kuasa?
 
 
“Dulu kerajaan BN kata Lynas selamat, DAP bantah. Sekarang kerajaan PH sendiri akui Lynas selamat dan boleh diteruskan. Ribuan penyokong-penyokong DAP tiba-tiba basah,” sindirnya sambil memuat naik gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memegang poster ‘stop Lynas save Malaysia’.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close