Berita UtamaTULARUtama

VIDEO | Padah plat ‘Bossku’

Remaja ubah nombor plat motosikal menangis kena tahan

GARA-GARA popular penggunaan istilah ‘Bossku’, seorang remaja mengubah nombor plat motosikalnya, hanya untuk bersuka-suka mengikut trend sekarang.

Namun, perbuatan itu menyalahi undang-undang dan mengundang padah apabila dia ditahan sepasukan anggota polis.

Remaja terbabit didapati menggantikan nombor plat asal motosikalnya dengan perkataan ‘Bossku’.

Anggota polis kemudian mengarahkan remaja terbabit menanggalkan ‘nombor plat bossku’ itu sambil mengusik untuk menggarinya menyebabkan dia meraung.

Sambil menangis, remaja terbabit menanggalkan ‘nombor plat’ motosikal itu, sementara anggota polis mengarahkan dia menghubungi bapanya, selain memujuknya supaya tidak terus menangis.

Semoga ini menjadi pengajaran kepada remaja lain supaya tidak bertindak sesuka hati, terutama apabila membabitkan undang-undang.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close