Berita UtamaUtama

Semak daftar pemilih jika tak terima kad pengundi

Pengundi tahu maklumat daftar pemilih boleh terus ke saluran mengundi

BANGI, 18 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang tidak menerima kad pengundi diminta agar membuat semakan maklumat lebih awal, terutamanya nombor bilangan pemilih.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pengundi boleh membuat semakan seperti melayari portal rasmi SPR di pengundi.spr.gov.my; telefon ke talian 03-88927018; menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak atau boleh menghantar SMS ke 15888

“Bagi pengundi yang sudah menerima kad pengundi atau sudah mengetahui maklumat daftar pemilih, tidak lagi perlu membuat semakan di barung semakan SPR pada hari pengundian, Sabtu ini, sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi.

“Sementara bagi pengundi yang baharu membuat semakan, mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat seperti pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih.

“Pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan kad pengundi atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran,” katanya.

Azhar berkata, kad pengundi dan catatan daftar pemilih itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung.

SPR menetapkan 2 Mac sebagai hari mengundi, sementara pengundian awal 26 Februari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close