Berita UtamaDuniaUtama

Presiden Sudan bubar kerajaan, isytihar darurat setahun

Rakyat marah naikkan harga roti 3 kali ganda, kos hidup meningkat 

KHARTOUM, 18 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Sudan mengisytiharkan darurat selama setahun sebagai usaha menangani masalah rusuhan yang menggugat kepimpinan negara itu.

Presidennya, Omar Al Bashir secara langsung di televisyen semalam, mengumumkan pengistiharan darurat, sekali gus pembubaran kerajaan di peringkat persekutuan dan wilayah. 

Beliau turut mengeluarkan perintah melantik 16 pegawai tentera dan dua pegawai keselamatan sebagai Gabenor baru di kesemua 18 wilayah.

Bagaimanapun, Omar Al Bashir juga mengumumkan bahawa lima anggota Kabinet bagi beberapa portfolio termasuk hal ehwal luar, pertahanan dan kehakiman kekal di jawatan masing-masing. 

Keputusan itu dibuat selepas rusuhan yang teruk berlaku di negara itu sehingga menyebabkan ramai orang awam terbunuh. 

Sebelum ini, ribuan penunjuk perasaan berulang kali menggesa Bashir meletak jawatan, dengan melaungkan ‘Kebebasan, Perdamaian, Keadilan’ dan ‘Revolusi adalah pilihan rakyat.’

Rakyat marah dengan tindakan kerajaan Sudan menaikkan harga roti tiga kali ganda pada 19 Disember lalu, dan menganggap barisan pemimpin gagal menguruskan ekonomi negara. 

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close