Berita UtamaUtama

Kerjasama UMNO-PAS masih baik

Pengundi di Semenyih jangan terpengaruh dengan berita palsu

BANGI, 18 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – UMNO menafikan dakwaan tular kononnya mesyuarat biro politik kepimpinan tertinggi parti itu mahu menilai semula kerjasama dengan PAS.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, berita tular yang menggunakan nama portal UMNO Online itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bimbang dengan kerjasama baik antara UMNO-PAS.

Beliau turut menafikan bahawa laporan tular berkenaan telah disiarkan oleh portal berita parti itu.

“Kerjasama UMNO PAS amat baik dan semakin mantap ketika ini terutama di PRK (Pilihan Raya Kecil) N24 Semenyih.

“Oleh itu, saya harap semua pihak terutama pengundi di Semenyih tidak terpengaruh dengan berita palsu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam sebaran itu menyatakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO akan menilai semula kerjasama dengan PAS, susulan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung sokongan PAS terhadap perdana menteri itu jika ada undi tidak percaya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close