Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Mengapa saya yang disekat?

1. INI adalah kali kedua laman Facebook dan  akaun peribadi saya telah disekat daripada menerbitkan sebarang tulisan (temporary blocked). Kali pertama dahulu disekat atas kritikan saya terhadap pendirian pihak tertentu tentang LGBT. Post tersebut telah dipadam oleh Facebook.

2. Kali kedua pula disekat kerana menjelaskan serta mengkritik gambar yang menghina Rasulullah yang dikongsikan oleh seorang bukan Islam. Pada saya, gambar tersebut bukanlah punca laman ini disekat kerana terdapat sahabat saya yang lain turut menyebarkan gambar tersebut, namun Facebook mereka tidak disekat.

3. Barangkali kandungan artikel tersebut yang menjadi punca kepada sekatan terhadap laman ini. Antara isi utama penulisan tersebut adalah kritikan tidak langsung ke atas sikap lembut pihak tertentu terhadap mereka yang menghina Rasulullah.

4. Adalah menjadi tanggungjawab Muslim untuk mempertahankan Rasulullah. Ini dapat dilihat daripada sirah perjuangan para sahabat terdahulu di mana mereka menjadikan jiwa dan raga mereka sebagai pendiding yang memelihara kedudukan pesuruh Allah.

5. Muslim tidak seharusnya menjadi lembik seperti Bani Israel yang membiarkan Nabi Musa berjuang bersendirian melawan kezaliman. Perkara ini direkodkan di dalam al-Quran yang menyebutkan:

فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

(Kata Bani Israil: Wahai Musa) “pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu.” (Surah al-Maidah: 24).

5. Mungkin juga kritikan terhadap gagasan Rahmatan lil Alamin yang dibawa oleh pemerintah menjadi punca mengapa laman ini disekat. Kritikan tersebut adalah berlandaskan pemerhatian dan bersandarkan panduan dari Quran dan hadith.

Tuan-tuan masih boleh membaca artikel tersebut melalui link di bawah. Nyatakan pandangan Tuan Puan sekiranya artikel tersebut dirasakan bercanggah dengan Quran dan hadith:

https://www.researchgate.net/publication/329223144_Konsep_Rahmatan_Lil_Alamin_Dalam_Hadith_Penerokaan_Makna_Serta_Aplikasi_Di_Malaysia

5. Akhir sekali, Facebook turut memberikan peringatan kepada saya bahawa sekiranya terdapat lagi posting saya yang dilihat bercanggah dengan standard mereka, maka ada juga kemungkinan laman ini akan ditutup terus.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close