Uncategorized

Saman trend baharu menteri PH untuk kekal kuasa

Apa sudah jadi dengan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’?

BANGI, 15 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sangat lantang menyatakan kebebasan bersuara, namun keadaan semakin ‘bertukar wajah’ sejak memegang tampuk pemerintahan negara.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahaya berkata, adalah menghairankan apabila terdapat di kalangan mereka yang mahu menggunakan kaedah saman menyaman serta ugutan apabila ada yang salah pada mata mereka.

“Katanya ada menteri akan saman sesiapa yang bangkitkan isu Tabung Haji (TH) ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. Hari itu pula ada yang buat kenyataan bahawa mana-mana Ahli Parlimen PH yang tak sokong cadangan untuk mansuhkan hukuman mati pada Mac ini akan dikenakan tindakan disiplin.

“Ada juga menteri akan saman sesiapa yg mempertikaikan kelulusan ijazahnya. Ini satu trend baru di mana menteri-menteri menggunakan kaedah ugutan untuk menjamin kekuasaan mereka,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, hari ini.

Tanpa menyebut nama mana-mana menteri, beliau berkata, bukankah suatu ketika dahulu mereka inilah yang melaungkan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’?

“Saya tak tahu apa nak kata kepada menteri-menteri ini. Apa, mereka ingat rakyat takut ke dengan ugutan?,” soalnya.

Malam tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memfitnah TH dengan menuduh institusi itu kini di bawah cengkaman DAP pada kempen PRK Semenyih, akan dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau bertegas tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mengelirukan orang Islam dengan fitnah semata-mata untuk meraih undi.

Pada masa sama, beliau yakin tindakan saman itu akan berpihak kepadanya, berdasarkan kemenangannya dalam satu kes saman terhadap seorang ahli akademik yang memfitnahnya sebagai ‘kuda tunggangan DAP terbaik’ sebelum ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close