Berita UtamaUtama

Asyraf Wajdi kritik status PhD meragukan calon PH

Tipu kelayakan akademik prasyarat jadi pemimpin Pakatan Harapan?

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 13 Jamadilakhir 1440H, Isnin – Pengakuan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali mengenai status sebenar ijazah kedoktoran (PhD) beliau mencetuskan tanda tanya.

Mempersoalkan perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, apakah prasyarat untuk menjadi calon dan berada dalam hierarki kepimpinan PH, adalah dengan menipu kelayakan akademik.

Beliau hari ini mengkritik pengakuan Muhammad Aiman yang didakwa tersilap dan terlupa mengemaskini biodata di laman profesional Linkedln, setelah beberapa siri pembongkaran yang dilakukan warga netizen terhadap status kelayakan akademik menteri dalam PH.

“Terbaru calon PH di Semenyih, saudara Aiman pula mengakui tersilap atau terlupa mengemaskini biodata di laman profesional LinkedIn.

“Sedangkan dari awal lagi adalah salah untuk mengaku punya sijil PhD walaupun dengan alasan hanya sekadar ‘menjangkakan akan tamat pada 2016’,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Aiman dilaporkan berkata, timbul salah faham masyarakat berhubung status pendidikan serta wujud kesilapan teknikal berhubung pencapaian beliau seperti dipaparkan di laman itu.

Muhammad Aiman mendakwa, beliau tidak pernah mengisytiharkan sudah memiliki PhD, sebaliknya menyatakan bahawa masih dalam pengajian itu.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, apa juga alasan yang diberikan, ternyata pemalsuan dan penipuan status kelayakan akademik adalah suatu kesalahan moral yang besar kerana membabitkan integriti seorang pemimpin.

“Jika di luar negara, pemimpin-pemimpin bukan sahaja terpaksa melepaskan jawatan tetapi ada yang didakwa dan merengkok dalam penjara seperti yang berlaku di Sepanyol, Belgium dan India.

“Hakikatnya, rakyat tidak memerlukan pemimpin politik yang ada berjela-jela sijil akademiknya tetapi yang paling mustahak punya kejujuran berkhidmat dan berintegriti tinggi.

“Jika status akademik diri pun hendak dipalsukan, apa lagi yang boleh diharapkan daripada Kerajaan PH yang kononnya sedang membina Malaysia Baharu!,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close