Artikel Khas

Melayu yang saya kenali…

Sangat baik, benarkan bukan Melayu hidup seperti di negara asal tanpa diasimilasikan

HATI budi telah menyebabkan bukan Melayu dapat hidup mewah ibarat syurga di sini. Justeru, hargailah hati budi Melayu.

Tidak ada bangsa yang lebih baik daripada Melayu apabila membenarkan bukan Melayu hidup seperti orang negara asal tanpa langsung diasimilasikan.

Bukan Melayu kekal lebih Cina daripada China dan lebih India daripada negara India.

Contoh, orang Cina ada Kampung Cina dan bandar Cina (China Town). Bukan sedikit, banyak. Begitu juga India, ada Little India. Pergi ke Kelang, Brickfield dan lain-lain. Mahu apa lagi.

Pengalaman negara lain yang didatangi (pendatang), bukan sahaja diwajibkan, asimilasi paksa, tetapi diberikan kata dua, jika tidak sanggup hidup mati bersama bangsa asal (asimilasi penuh), boleh angkat kaki dan pergi.

Bukan Melayu bukan sahaja tidak diasimilasikan, malah dibenarkan membuka dan bersekolah menggunakan bahasa ibunda, walaupun Perlembagaan tidak membenarkan. Untuk makluman, Perlembagaan membenarkan belajar bahasa ibunda, bukan belajar dalam bahasa ibunda (Shad Saleem Faruqi).

Mereka hidup lebih Cina daripada China, dan lebih India daripada India, sehingga ada yang menyertai komunis dan LTTE, pun dibenarkan hidup dan dijaga dengan baik di sini.

Apakah bukan Melayu tidak pernah terfikir dan membandingkan nasib umat Islam di China dan India. Saban hari mereka dibunuh.

Hatta, sehingga makan lembu saban hari ada sahaja orang Islam di India yang akan dibunuh.

Apa yang bukan Melayu Cina, India dan Kristian tidak dapat di sini? Patung-patung yang besar-besar dan tinggi-tinggi, begitu juga gereja, mendapat peruntukan juga daripada kerajaan, meskipun tidak layak dibantu dalam konteks Perlembagaan. Namun, kerajaan bantu juga.

Inilah hebatnya kerajaan Malaysia Madani, sebelum ini dikenali sebagai Keluarga Malaysia, 1Malaysia, Islam Hadhari dan lain-lain.

Pergilah berdekatan Bukit Jalil dan Kinrara, terdapat gereja yang terbesar di Asia, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre. Ini tidak termasuk gereja-gereja berskala besar di tempat lain.

Jika dibandingkan, masjid surau termasuk di sekolah ada hanya 50 ribu, sedangkan rumah ibadat bukan Islam, kuil, tokong dan gereja ada 500 ribu buah kecil besar. Sepuluh kali ganda meskipun Islam agama persekutuan.

Paling kelakar, bila tengok rumah ibadat ini, terutama kuil Hindu, penduduknya tidak ada di situ, tetapi kuil ada banyak. Pergi tengok di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan lain-lain.

Paling sukar diterima di Serdang, dekat Uniten, dekat Hospital Serdang saling bertentangan sebelahan jalan, dekat UPM, penuh dengan kuil berskala besar, penduduk tidak ramai, boleh dikira dengan jari.

Pakai main pacak sahaja atas tanah kerajaan. Apabila mahu dirobohkan, hujah standard, sudah berpuluh dan beratus tahun, sedangkan saling berdekatan dan berderetan.

Inilah yang dimaksudkan tidak diraikan? Dinafikan haknya?

Kenapa semua pemimpin Melayu ini buta mata hatinya?

Jangan hanya kerana politik, kita gadaikan semua.

Bayangkan umat Islam di India dan China. Dahulu terdapat puluhan ribu buah masjid. Kini, masjid-masjid ditukar menjadi kuil-kuil. Nama-nama tempat yang ada kaitan dengan nama-nama Islam, semua ditukar menjadi nama-nama Hindu.

Ini tidak termasuk pembolotan sektor ekonomi.

Apabila kita membangkitkan perkara ini, maka jawapan bodoh mereka adalah, orang Cina kaya sebab mereka kuat kerja.

Perkhidmatan awam dibolot oleh orang Melayu.

Apakah benar Cina kaya kerana kuat kerja? Bagaimana sistem yang menyokong mereka menjadi kaya? Bolehkah Cina menjadi kaya jika sistem negara tidak menyokong. Bayangkan sistem kita sistem komunis.

Apakah mereka boleh menjadi 30 terkaya daripada 40 terkaya keseluruhan. Berapa orang Melayu daripada 40 itu? Jika ada 10 sudah dikira baik.

Siapa yang menggunakan orang Melayu untuk mendapat lesen kontraktor kelas F? Pemimpin Melayu berpengaruh, yang pencen, akan dilantik menjadi pengerusi syarikat untuk mendapata kontrak dan laba.

Merasuah orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk meluluskan kerja-kerja mereka yang tidak menepati standard yang ditetapkan.

Siapakah pula yang menjadi ‘hamba’ bercekang mata, menjaga keamanan dan keselamatan negara ini bagi memastikan ia sentiasa aman.

Jika ada pun bukan Melayu yang menyertai perkhidmatan awam, target mereka adalah jawatan tinggi.

Sektor keselamatan dan pertahanan negara seperti polis dan tentera, cuba pergi beramai ramai Cina dan India, walaupun sektor dibuka kuota seluas-luasnya.

Bila tiba bab menjaga keselamatan dan pertahanan negara, jawatan berpangkat rendah, soal nyawa, tidak ada seorang yang berani untuk bersama

Inilah dikatakan, mati hidup bersama demi negara tercinta?

Buatlah kajian berapa ramai yang patriotik demi negara tercinta ini, jika masih tidak percaya.

Sibuk bercakap tentang penyertaan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, tetapi semua fokus pada jawatan tinggi, bukan jawatan rendah.

Jangan pergi jauh, Maktab Tentera DiRaja (RMC), sekolah berasrama penuh tentera, dibuka kuota seluas-luasnya kepada bukan Melayu, berapa ramai yang mohon? Jika ada pun yang mohon, kerana ibu bapa mereka pernah menjadi polis dan tentera.

Apabila tiba soal nyawa dan keselamatan, tidak ramai yang berani berkorban.

Inilah yang dinamakan kesetiaan?

Saya tidak boleh bayangkan jika negara diserang atau terlibat dalam kancah peperangan. Berapa ramai yang sanggup hidup mati atau pakat-pakat menyorok melarikan diri?

Apabila agenda hidup bernegara tidak dikuasai, apa yang boleh diharapkan daripada mereka ini?

Cuba buat kajian, adakah mereka semua ini sayang kepada bahasa negara, bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan? Berapa ramai yang boleh menguasai BM dengan baik? Berapa ramai yang langsung tidak boleh menguasai?

Menghina dan mencerca BM ramai?

Negara ini sudah nampak langsung tidak menggambar identiti Melayu Bumiputera dan Islam. Sedangkan asal-usulnya adalah datang daripada Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Sedangkan di India dan China, ia terus mekar dengan keindiaan dan kechinaannya.

Perkara ini perlu dikaji dengan serius.

Jangan asyik cari salah orang, silap-silap memakan diri?

Terbaharu, mahu mencari salah Tun Mahathir, kononnya memperkaya-rayakan anak-anaknya ketika memerintah.

Tun M cabar melalui peguamnya, sila kemukakan bukti.

Takkan bukti-bukti masih perlu dicari sehingga memerlukan masa tambahan untuk mencarinya?

Bukankah sejak dipecat dahulu, telah dikumpulkan bukti.

Ini bukan jawapan seorang negarawan.

Sifat negarawan, sebelum bercakap, dia sudah kumpul bukti. Bila diperlukan bukti, terus beri, bukan masih teraba-raba mencari-cari.

Saya merayu kepada pemimpin negara, berhentikan berfatamorgana. Buatlah kerja. Ringankan beban rakyat.

Beberapa kali saya terjumpa insiden orang di depan saya, beratur di kedai runcit untuk membayar, duit tak cukup, terpaksa pulangkan barang.

Air mata mengalir melihat, kita tolong bantu, walaupun bantuan tidak seberapa. Moga Allah, ampun saya menceritakan semua ini.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button