Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapat

Benarkah larangan hiburan galakkan jenayah?

1. MENURUT Ketua Pemuda Amanah Kelantan, kes rogol, zina, dan dadah antara masalah sosial dikalangan anak muda di Kelantan. Kata beliau lagi, antara faktor permasalahan ini adalah disebabkan banyak hiburan telah diharamkan oleh Pas Kelantan. Sehingga anak-anak muda di Kelantan terpaksa mencari hiburan sendiri.

2. Beliau menjadikan contoh larangan pembukaan pawagam di Kelantan sebagai salah satu faktor yang membawa kepada berlakunya masalah sosial di Kelantan.

3. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh PDRM, sehingga tahun 2017, negeri Selangor dan Johor adalah negeri yang mencatatkan jumlah kes rogol tertinggi di Malaysia. Kes rogol di Johor merekodkan jumlah yang paling tinggi di negara kita dengan 15.73 peratus jumlah kes seluruh negara. (data 2010 hingga 2017).

Manakala Selangor menjadi negeri tertinggi bagi kes luar tabii dan cabul, masing-masing 235 kes atau 20.39 peratus dan 1,052 kes atau 17.4 peratus. (data 2017)

4. Dakwaan yang menyatakan bahawa ketiadaan hiburan dan pawagam menjadi punca wujudnya masalah sosial dikalangan anak muda adalah tidak benar. Ini kerana, Selangor adalah antara negeri yang memiliki pawagam terbanyak (36 buah) berbanding dengan negeri lain. Namun kewujudan pawagam ini tidak juga menjadikan Selangor negeri yang kurang masalah sosial bahkan data di atas menunjukkan Selangor adalah antara negeri yang mencatatkan kes jenayah seksual yang tertinggi.

5. Begitu juga dengan Johor, dengan memiliki sebanyak 23 pawagam berdaftar, ia tidak semestinya mengurangkan kadar jenayah rogol dinegeri tersebut bahkan Johor adalah antara negeri yang tertinggi mencatatkan kes jenayah rogol.

6. Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, jenayah rogol boleh dicegah dengan beberapa faktor iaitu:

(a) memberikan kesedaran kepada wanita, kanak-kanak dan masyarakat tentang jenayah rogol.

(b) membanteras penyalahgunaan dadah atau bahan yang mempengaruhi tindakan luar biasa

(c) mencegah masyarakat dari melayari laman web lucah

-Tidak ada cadangan dari Kementerian Pembangunan Wanita supaya pawagam dan hiburan dibangunkan disesebuah tempat bagi mengatasi masalah sosial anak muda ini.

7. Mengawal hiburan berlebihan juga adalah sesuatu yang telah digariskan oleh Syarak. Ia bertepatan dengan saranan al-Quran yang meminta manusia menjauhkan diri dari hiburan yang melalaikan. Firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan.”

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close