Berita UtamaUtama

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Mata wang negara berada 4.0770/0800 pada sesi penutup

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan lemah terhadap unit tempatan itu menjelang rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang dijadualkan bermula Khamis ini.

Pada sesi penutup, ringgit berada pada 4.0770/0800 berbanding dolar AS daripada 4.0700/0750 pada Isnin.

Seorang peniaga berkata, dolar kekal kukuh apabila para pelabur tidak memilih aset pasaran negara sedang pesat membangun sementara menunggu hasil daripada rundingan perdagangan.

Sementara itu, ketua global strategi mata wang dan penyelidikan pasaran FXTM, Jameel Ahmad berkata, pemain pasaran berharapkan satu penyelesaian akan dapat dicapai oleh kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu tidak lama lagi.

Ini akan dilihat sebagai berpotensi memacu pasaran ekuiti global, meningkatkan permintaan terhadap pasaran sedang pesat membangun dan komoditi seperti minyak mentah.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan tinggi kecuali dolar Singapura di mana ia turun kepada 3.0004/0031 daripada 2.9953/0001 pada Isnin.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.6876/6913 daripada 3.6913/6961, naik berbanding euro kepada 4.5960/6010 daripada 4.5999/6060 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.2369/2428 daripada 5.2495/2576 pada Isnin.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close