Berita UtamaDuniaUtama

Pihak hadir sidang Warsaw pengkhianat: Hamas

Persidangan AS bertujuan musnah, pisahkan wilayah Arab

GAZA, 7 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Pergerakan Perjuangan Palestin (Hamas) menyifatkan pihak yang mengambil bahagian dalam persidangan Warsaw yang dianjurkan negara pembuli, Amerika Syarikat (AS) di Poland, sebagai pengkhianat dan menikam Palestin daripada belakang.

Perkara itu dinyatakan tegas oleh pemimpin kanan Hamas di Semenanjung Gaza yang dikepung, Yahya Musa semalam.

“Semua yang datang kepada kami dari Amerika Syarikat hanya bertujuan untuk mencairkan perjuangan rakyat Palestin, dan membangkitkan ketegangan di rantau ini, selain memenuhi agenda Zionis dan AS.

“Sesiapa yang menghadiri persidangan Warsaw adalah mengikut agenda Zionis dan Amerika. Oleh itu, dia menikam rakyat Palestin daripada belakang. Mereka sepatutnya dilayan sebagai pengkhianat,” katanya.

Yahya berkata, penganjuran seumpama itu hanya tujuan AS untuk memusnahkan dan memisahkan wilayah Arab, yang jelas menyokong Israel dan memboleh rejim itu menguasai dan mengawal seluruh rantau berkenaan.

Sebelum ini, Fatah dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menolak jemputan untuk mengambil bahagian dalam persidangan yang dipengerusikan Poland, minggu ini.

Kementerian Luar Palestin menyifatkan persidangan AS-Poland itu sebagai konspirasi negara pembuli, Amerika itu untuk menerima pakai pandangan AS mengenai isu-isu di rantau ini, khususnya Palestin.

Persidangan antarabangsa itu akan berlangsung di ibu negara Poland bermula 13 hingga 14 Februari ini, yang didakwa akan memberi penekanan dan tumpuan kepada kestabilan, keamanan serta kebebasan di Timur Tengah.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close