Berita UtamaDunia

Lagi Rohingya diperdaya AS$1,000 untuk masuk Malaysia

Bangladesh sekat cubaan 22 pelarian larikan diri dari kem

COX’S BAZAR, 7 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Pasukan keselamatan Bangladesh berjaya menyekat kumpulan kedua pelarian etnik minoriti Islam Rohingya daripada melarikan diri menuju ke Malaysia, selepas kumpulan pertama gagal dalam tempoh tiga hari lalu.

Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) menahan 22 pelarian antaranya 11 wanita, 10 kanak-kanak dan seorang lelaki di kawasan pantai Teluk Bengal, berhampiran sempadan Myanmar, ketika mereka cuba melarikan diri dengan bot.

Jurucakap BGB, Leftenan Kolonel Asadud Zaman Chowdhury mengesahkan semua suspek sudah membayar AS$1,000 setiap seorang kepada sindiket, untuk laluan selamat ke Malaysia.

“Tapi individu terbabit dengan pemerdagangan manusia itu berjaya melarikan diri sebelum pasukan keselamatan tiba di lokasi,” katanya.

Sabtu lalu, 30 pelarian Rohingya di kem Cox’s Bazar turut dihalang daripada melarikan diri ke Malaysia, dipercayai menggunakan sindiket penyeludupan manusia yang sama.

Dilaporkan, 17 wanita, enam kanak-kanak dan tujuh lelaki turut diperdaya dengan bayaran AS$1,000 setiap seorang.

Kira-kira 74,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh berikutan tindakan kejam yang dilakukan rejim Myanmar di negeri Rakhine. Sejak itu, pelarian Rohingya hidup dalam keadaan miskin di kem-kem di Cox’s Bazar.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close