Berita UtamaUtama

Isyarat lucah: Peguam Negara batal dakwa Siti Kassim

Kes peguam kontroversi tunjuk isyarat jari tengah tak ke mahkamah

BANGI, 7 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan mendakwa peguam kontroversi, Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton pada forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) dua tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata kertas siasatan Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim dipanggil semula oleh Jabatan Peguam Negara semalam.

“Selepas meneliti semula segala fakta dan keterangan, Jabatan Peguam Negara memutuskan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dikeluarkan pada 18 April tahun lalu dibatalkan,” katanya.

Pada 5 September 2016, peguam itu didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang penonton ketika forum mengenai isu RUU355 di Kompleks Karangkraf, di sini.

Insiden dipercayai berlaku selepas Siti Kassim hadir ke forum berkenaan mengkritik RUU berkenaan sehingga mengakibatkan penonton di forum berkenaan menyindirnya.

Pada April tahun lalu, iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), polis menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang ketika itu diketuai Tan Sri Mohamad Apandi Ali, untuk mendakwa Siti Kassim, tetapi ditangguhkan bagi membolehkan polis menumpu perhatian kepada persediaan menghadapi pilihan raya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close