Berita UtamaDuniaUtama

Empat tentera maut helikopter terhempas di Istanbul

Kementerian Pertahanan arah siasatan segera cari punca kejadian

ISTANBUL, 7 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Empat tentera disahkan terbunuh selepas helikopter tentera Turki terhempas di pinggir bandar Istanbul, kira-kira jam 6.51 petang waktu tempatan (11.51 malam waktu Malaysia).

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya turut mengesahkan tiada orang awam yang cedera ketika helikopter Bell UH-1 terhempas.

Imej televisyen Turki sebelum itu menunjukkan asap hitam tebal keluar dari belakang dinding di sebelah Asia di Istanbul.

Kementerian Pertahanan Turki telah mengarahkan siasatan bagi mengetahui punca kejadian itu.

Nahas yang berlaku adalah kemalangan kedua UH-1 di kawasan kediaman di Istanbul dalam tempoh tiga bulan lalu.

November tahun lalu, satu helikopter tentera, turut terhempas di Istanbul ketika dalam perjalanan pulang daripada latihan penerbangan dan menyebabkan empat tentera maut. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close