Berita UtamaDuniaUtama

Bekalan makanan di Yaman berisiko ‘busuk’

Lebih dari lima bulan gudang makanan tidak dapat dimasuki

ADEN, 7 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Bantuan makanan yang ditempatkan dalam sebuah gudang di Yaman, berisiko rosak dan busuk sekiranya tidak segera diberikan kepada jutaan penduduk yang kelaparan, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Silo Mills Sea Red, yang terletak di bandar pelabuhan barat Hodeidah, dipercayai mengandungi bekalan gandum yang cukup untuk memberi makan penduduk di Yaman.

Bagaimanapun, kemasukan ke gudang bekalan makanan itu ketika ini disekat pemberontak.

“Program Makanan Sedunia yang disimpan di kilang – cukup untuk memberi makan 3.7 juta orang selama sebulan – tetapi tidak dapat diakses lebih dari lima bulan dan berisiko rosak.

“Kami menekankan bahawa kebenaran akses kepada gudang itu menjadi tanggungjawab bersama antara pihak-pihak konflik di Yaman,” kata Ketua Bantuan PBB dalam satu kenyataan bersama wakil di Yaman .

Pelabuhan Hodeidah menjadi pintu masuk utama bantuan kemanusiaan ke Yaman, namun bekalan makanannya, telah berada di tangan pemberontak Houthi Yaman sejak tahun 2014, ketika kumpulan bersenjata mengambil alih wilayah Yaman.

Langkah itu menyebabkan campur tangan ketenteraan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan sekutu pada tahun berikutnya dan digelar PBB sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close