Berita UtamaUtama

VIDEO | Wanita mandikan anjing dalam bilik tukar lampin

PLUS ingatkan R&R adalah kawasan larangan haiwan peliharaan

BANGI, 6 Jamadilakhir 1440H, Isnin – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kesal dengan tindakan seorang wanita memandikan anjing di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan.

Bagaimanapun PLUS memaklumkan, persekitaran bilik tukar lampin bayi itu sudah disamak dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan

“PLUS ingin menegaskan seluruh kawasan R&R di sepanjang lebuh raya adalah kawasan larangan haiwan peliharaan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pelanggan lebuh raya.

“Justeru, PLUS memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan terbabit demi keselesaan pelanggan yang lain,” katanya.

Tindakan wanita dipercayai berbangsa Cina terbabit tular di media sosial sejak semalam sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Individu yang merakam video berkenaan, Farah Shafiza Che Amat, 29, berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama suaminya, singgah ke R&R itu untuk ke tandas, sebelum mendengar bunyi kecoh beberapa pekerja pencucian yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu.

“Saya terdengar bunyi bising dan melihat seorang wanita sedang memandikan anjing di bilik tukar lampin bayi membuatkan saya terfikir untuk buat video ‘live’ di Facebook selepas wanita itu tidak mengendahkan sesiapa pun.

“Kakitangan R&R ada menegurnya dan saya juga menegur, namun dia buat tidak tahu, saya juga terdengar dia berkata yang anjing bukannya kotor pun,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close