Berita UtamaUtama

Ijazah palsu: Dr Mahathir tahu kelayakan akademik anggota Kabinet

Mat Sabu ingatkan pengundi Semenyih tak lupa isu curi wang negara

LANGKAWI, 6 Jamadilakhir 1440H, Isnin – Layak atau tidak seseorang itu untuk berada dalam Kabinet hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Ini kerana katanya, Dr Mahathir mempunyai segala maklumat tentang anggota Kabinet termasuk kelayakan akademik.

“Semua hal peribadi termasuk maklumat mengenai sijil akademik ada pada Dr Mahathir. Beliau boleh menentukan individu tersebut perlu dikekalkan di dalam Kabinet atau tidak, jadi saya tidak mahu komen apa-apa berkenaan ‘certificate’ orang lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemimpin kerajaan yang terpalit isu sijil akademik perlu meletak jawatan.

Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Rakan Penaja Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019, di sini.

Pada masa sama, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (PAN) berharap rakyat, khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri Semenyih yang bakal berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan depan, tidak terpengaruh dengan isu berkenaan.

Rakyat seharusnya tidak lupa pada isu lebih besar seperti curi wang negara, katanya.

Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dana RM90 juta yang didakwa diterima oleh PAS daripada UMNO, beliau meminta semua pihak, khususnya anggota Amanah yang mempunyai maklumat, agar membantu siasatan. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close