Berita UtamaUtama

Gunung Karangetang muntah lahar

Amaran tahap bahaya dikeluarkan, penduduk diarah berpindah

HANOI, 6 Jamadilakhir 1440H, Isnin – Agensi Volkanologi Indonesia mengarahkan lebih 1,000 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan Karangetang di Sulawesi Utara agar berpindah susulan gunung berapi itu mula memuntahkan lahar panas, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan kepada penduduk kampung Batubulan, Baba dan Niambangeng yang terletak di zon berbahaya, memandangkan tahap amaran kini diletakkan pada tahap kedua tertinggi pada 21 Desember tahun lalu.

Kampung berkenaan yang terletak dalam radius antara dua hingga 2.5 kilometer dari kawah gunung berapi, dihuni kira-kira seramai 1,000-1,500 penduduk.

Pihak agensi turut melarang pelancong dan penduduk tempatan memasuki atau berada dalam radius empat kilometer dari kawah gunung berapi. Gunung Karangetang antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. – Bernama



Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close