Berita UtamaUtama

‘AES zaman BN zalim, masa PH tepati Maqasid Syariah’, sindir Najib

Bekas PM sinis PAN, lepas jumpa DAP terus dapat sinar kerohanian

Oleh Athirah Huda Zalhe
 
BANGI, 6 Jamadilakhir 1440H, Isnin – Sia-sia sahaja kerajaan Barisan Nasional (BN) diserang mengenai pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), jika ianya bertepatan dengan Maqasid Syariah, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Hasanuddin Mohd Yunus kelmarin, bahawa pemasangan AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu, penumpang, keselamatan pengguna lebuh raya serta harta benda lain adalah menepati Maqasid Syariah.

Hasanuddin berkata, sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan, beliau sempat beramah mesra dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Hasil perbincangan berkenaan, beliau menganggap pelaksanaan AES adalah satu tindakan Islamik.

Malah, Hasanuddin berkata, walaupun ada golongan yang mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan dalam urusan AES, rakyat Malaysia yang ikhlas dan waras secara senyap akhirnya menghargai usaha murni kerajaan ini.

“Mengapa tidak pernah umum begitu sebelum ini? Kenapa tiba-tiba selepas jumpa menteri DAP terus dapat ‘sinar kerohanian’. Sia-sia BN kena serangan pasal AES pada masa dulu.

“Zaman BN, AES ini zalim dan menindas rakyat. Zaman PH, AES ini menepati Maqasid Syariah. Cantik! Nampak sangat nak backup menteri ‘i don’t care’ DAP saja,” kata Najib di Facebooknya, hari ini.
 
Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close