Berita UtamaDuniaUtama

Tahanan Palestin kedua maut dalam penjara Israel

Yasser menjalani hukuman mati didakwa bunuh penduduk haram Israel

TEL AVIV, 5 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Seorang lagi tahanan Palestin, Yasser Hamid Ishtea meninggal dunia di penjara Israel semalam, menjadikannya tahanan kedua mati dalam tempoh tiga hari.

Channel 7 melaporkan, Yasser, 37 tahun – yang menjalani hukuman mati – didapati tidak sedarkan diri di dalam selnya di Penjara Eshel, di luar Be’er Sheba di selatan negara haram itu.

Perkhidmatan Penjara Israel telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat kematian Yasser.

Yasser berasal dari perkampungan Palestin di Tel, barat daya Nablus di Tebing Barat yang diduduki, dan dijatuhi hukuman penjara pada tahun 2009 kerana didakwa membunuh seorang penduduk Israel.

Pada hari Rabu, Penjara Israel juga mengumumkan kematian Faris Baroud yang berusia 51 tahun dari Semenanjung Gaza yang dikepung.

Jawatankuasa Tahanan Palestin – yang berkait dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) – menyatakan bahawa Baroud meninggal dunia akibat kecuaian penjagaan kesihatan di pihak Israel, dan memaklumkan dia menderita beberapa penyakit serius sebelum meninggal dunia.

Anak saudara Baroud memberitahu Agensi Berita Palestin, Safa bahawa bapa saudaranya menelefonnya tiga hari sebelum kematian, dan memberitahunya bahawa beliau hanya memiliki ubat penghilang rasa sakit.

Walhal, Baroud dilaporkan menghidap beberapa penyakit termasuk hernia dan hati, dan pernah berulang kali menyatakan beliau diabaikan pegawai penjara dan dinafikan untuk mendapat rawatan.

Lelaki itu sebelum ini kehilangan penglihatan sebanyak 80 peratus dan pegawai penjara Israel telah menangguhkan rawatan yang sepatutnya diberikan kepada Baroud selama empat bulan berturut-turut.

Pihak berkuasa Israel juga menafikan akses lawatan bagi ahli keluarganya ke penjara selama 18 tahun. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close