Berita UtamaIstimewaUtama

Raut wajahnya nampak tenang, tapi dalam hati tiada siapa tahu

Bapa bangga Abdul Bari bantu selamat 5 sekeluarga di Sungai Terengganu

KUALA TERENGGANU, 5 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Di wajah nampak tenang, tapi hati di dalam gundah siapa yang tahu. 1,000 persoalan dalam minda tetap takkan tenang melainkan hanya ingin mendengar satu jawapan: “Anak awak selamat”.

“Itulah ayah. Kekadang nampak macam tak sayang kat kita, tapi sebenarnya sayangnya dia kat kita lebih dari segalanya. Semoga mangsa selamat ditemukan. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin ya Rabb”.

Demikian ditulis seorang pengguna laman sosial, Mohd Fahmi Ashraf Ghazali, melihat pada gambar Mohamad Mustafa, 66, yang merenung jauh memerhati pasukan pencari dan penyelamat mencari anaknya Abdul Bari Asyraf, yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu di Pulau Warisan.

Memang tepat kata-kata itu. Terpancar pada wajah Mohamad keimanan dan keredaan sebagai bapa kepada pemuda berusia 31 tahun yang hilang di sungai itu ketika menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan di sini, malam semalam.

Wajahnya tenang sambil menunggu anggota pasukan penyelamat mencari anaknya yang hilang ketika membantu menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam semalam.

Abdul Bari ketika itu dikatakan sedang memancing, terjun ke dalam sungai, berenang ke arah pacuan empat roda yang semakin tenggelam. Bersama tiga individu lain, beliau berusaha menyelamatkan mangsa, sebelum dikatakan mengalami kekejangan otot dan tenggelam.

Mangsa bersama tiga individu yang membantu, selamat. Namun, Abdul Bari tidak muncul di permukaan, lalu gerakan mencari dilancarkan.

Mangsa yang diselamatkan ialah, Suryati Rusly, 37; Nordiana Alwani Jaafar, 33; Asmaa Rusly, 23; Syafawani Jaafar, 11; dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin, tiga tahun.

Dan, selepas Maghrib malam tadi hampir 200 jemaah masjid, penduduk kampung dan anggota keluarganya berkumpul di tebing sungai itu mengadakan solat hajat memohon Allah mempermudahkan usaha mencari mangsa.

Mohamad reda dengan ketentuan Illahi. “Jika ditakdirkan dia mati, biarlah kematiannya berkubur.” Demikian katanya kepada pemberita ketika menunggu usaha mencari dan menyelamat anaknya.

“Namun, saya bangga kerana kejadian menimpanya berlaku kerana niat murninya – mahu menyelamatkan nyawa orang lain dan saya tenang dengan apa yang berlaku.

“Tak guna kita menangis meraung kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi,” katanya.

VIDEO | Pacuan empat roda terjunam ke Sungai Terengganu

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close