Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapat

Mengapa muslim menolak Siti Kasim?

1. PAGI ini Malaysiakini menyiarkan lagi artikel yang menyeru rakyat Malaysia supaya memberikan sokongan kepada Siti Kasim. Mengapa surat begini mesti dikeluarkan? dan mengapa Muslim menolak Siti Kasim?

2. Siti Kasim telah banyak memberikan kenyataan ganjil berkaitan Islam dan umatnya. Berikut adalah antara perkara yang pernah direkodkan berhubung kenyataan Siti Kasim yang berkaitan tentang agama Islam:

3. “Tuhan terhasil dari getaran.” Pada 12 April 2017, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi berkata pihak JAKIM akan memanggil Siti Kasim terhadap kenyataan beliau yang mengelirukan berhubung asal usul Tuhan.

Lihat: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tuhan-terhasil-melalui-tenaga-siti-kasim-akan-dipanggil-jakim-137756

4. “Ibadah Korban Perbuatan Tidak Bermoral.” Pada 1 September 2017, Siti Kasim melalui laman facebooknya mengeluarkan kenyataan bahawa Ibadah korban adalah perbuatan yang tidak bermoral. Kenyataan ini menyebabkan pihak Mufti Wilayah mengeluarkan kenyataan balas berhubung Ibadah korban ini.

Lihat: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/666-bayan-linnas-siri-ke-114-ibadah-korban-menjawab-dakwaan-siti-kassim

5. “Mimpi Nabi Ibrahim Bukan dari Allah.” Setelah dikritik banyak pihak, Siti Kasim pada 10 September 2017 mengeluarkan kenyataan balas dengan menafsirkan semula Surah Saffat ayat 102-105 yang berkaitan Ibadah korban. Menurut Siti Kasim tidak mungkin Allah mengeluarkan arahan kepada Nabi Ibrahim supaya membunuh anak sendiri. Yang mengarahkan kejahatan hanyalah syaitan.

Lihat: https://www.facebook.com/sitikasim/posts/10214308850777958

6. Siti Kasim juga mencadangkan agar JAKIM dibubarkan. Pada 1 Februari 2018, Siti Kasim mencadangkan supaya JAKIM dibubarkan.

Lihat: https://www.facebook.com/sitikasim/posts/10215551956494824

7. Sekiranya Jakim dikekalkan Siti Kasim mencadangkan supaya bantuan kepada Maahad Tahfiz dihentikan.

Lihat: http://www.malaysia-today.net/2018/06/01/jakim-must-stop-funding-tahfiz-schools-says-siti-kasim/

8. Begitulah antara nasihat Siti Kasim berhubung perkara yang melibatkan Islam dan umat Islam. Bagaimana Muslim diminta untuk menerima dan menyokong beliau sekiranya pandangannya dilihat bercanggah dengan Islam sendiri?

Moga Allah memberikan hidayah buat kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close