Berita UtamaDuniaPalestinUtama

2,558 jenayah Israel terhadap rakyat Palestin pada Januari

Pelajar perempuan antara lima ditembak mati askar, pendatang

BAITULMAQDIS, 5 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Rejim pengganas Israel terbabit dalam sekurang-kurangnya 2,558 jenayah dan perbuatan kejam terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmaqdis sepanjang Januari lalu.

Jenayah dilakukan termasuk, menembak, menangkap, menyerbu rumah dan bandar, merampas harta benda, selain serangan oleh pendatang yang mendapat perlindungan pasukan keselamatan rejim Zionis, lapor Bahagian Media Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Laporan itu turut mengesahkan askar rejim Israel dan pendatang membunuh lima rakyat Palestin, membabitkan:

1. Mohammed Adawi – ditembak rejim Israel pada 21 Januari di pusat pemeriksaan Huwaradi Nablus;
2. Riyadh Shamasneh – ditembak pada 25 Januari dekat Bab al-Amoud di Baitulmaqdis;
3. Ayman Hamed – ditembak oleh rejim Zionis pada 25 Januari di Silwad;
4. Hamdi al-Na’asan, 38 tahun – ditembak oleh pendatang Israel di perkampungan al-Mughair di Ramallah pada 26 Januari; dan
5. Samah Mubarak, 16 tahun – seorang pelajar sekolah ditembak di pusat pemeriksaan al-Za’im di Baitulmaqdis.

Laporan itu juga menyebut 259 warga Palestin cedera ditembak askar rejim Israel dan pendatang.

Daripada jumlah itu, 191 warga Palestin cedera diserang askar Zionis dan pendatang di Ramallah; 18 di Hebron; Baitulmadis (10); Jenin (sembilan); Qalqilia (lapan); Salfit (lima) dan seorang di Tulkarm.

Pada masa sama, askar rejim pengganas Israel menangkap 406 rakyat Palestin, termasuk wanita, kanak-kanak dan bekas tahanan, kata laporan itu.

Daripada jumlah itu, 71 ditangkap di Baitulmaqdis; Bethlehem (67); Ramallah (65); Hebron (54); Jenin (50); Qalqilia (35); Nablus (25); Salfit (13); Tubas (11); Tulkarm (10) dan lima di Jericho.

Hamas juga melaporkan 1,754 pendatang Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa dalam 26 kali tindakan, sementara 13 rakyat Palestin pula dihalang memasuki masjid itu, dan 313 yang lain dihalang keluar dari wilayah berkenaan.

Pasukan rejim pengganas Israel juga melakukan 532 serbuan di seluruh Tebing Barat, serta mendirikan pusat pemeriksaan tetap dan sementara.

Laporan itu juga menyebut bahawa sepanjang Januari lalu, 236 rumah rakyat Palestin diserbu dan diselongkar, sementara 10 lagi diroboh.

Hamas juga berkata, 55 laporan serangan oleh pendatang Israel ke atas warga Palestin dan harta benda mereka dicatatkan, termasuk 26 daripadanya yang berlaku di sekitar Masjidil Aqsa.

“127 tembakan juga dilepaskan oleh askar rejim serta pendatang Israel terhadap orang awam Palestin,” kata laporan itu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close