Berita UtamaDuniaUtama

Pengganas Israel ceroboh masjid Palestin

Zionis turunkan bendera Palestin yang digantung di masjid Issawiya

BAITULMAQDIS, 4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Susulan kematian seorang banduan Palestin baru-baru ini, rejim pengganas Israel semalam bertindak menyerbu sebuah masjid di kawasan kejiranan Issawiya, di timur Baitulmaqdis.

Ahli jawatankuasa tempatan, Muhammad Abu al-Hummos berkata, rejim pengganas Israel menceroboh masjid berkenaan berikutan mahu merampas gambar, Fared Baroud, 51, dan menurunkan bendera Palestin yang digantung pada dinding masjid itu.

Fared meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan yang didakwa penjara Israel akibat kecuaian perubatan yang disengajakan.

Baliau ditangkap pada 1991, dan sepatutnya dibebaskan pada 2013 sebagai sebahagian daripada rundingan antara Pihak Berkuasa Palestin dan rejim Tel Aviv.

Namun, pegawai penjara Israel tidak bersetuju dengan perjanjian itu dan enggan melepaskan 30 tahanan akhir, termasuk Fared yang juga penduduk kem pelarian al-Shati di utara Semenanjung Gaza.

Fared meninggal dunia hanya beberapa jam selepas dipindahkan ke penjagaan intensif dari penjara Ramon di wilayah yang diduduki Israel.

Beliau menderita akibat masalah kesihatan, termasuk penyakit hernia dan hati, dan berulang kali bercakap mengenai pengabaian perubatan dan penafian rawatan kesihatan yang diperlukan banduan Palestin.

Pihak berkuasa Israel juga turut menafikan lawatan keluarga beliau selama 18 tahun. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close