Berita UtamaDuniaUtama

Palestin tolak jemputan ke persidangan AS

Rundingan Warsaw didakwa sebagai konspirasi negara pembuli

RAMALLAH, 4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Palestin menolak jemputan untuk mengambil bahagian dalam persidangan Warsaw yang dianjurkan Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, yang dijangka akan dipengerusikan oleh Poland minggu depan.

“Mengenai jemputan itu, kami boleh katakan yang pihak kami sudah menghubungi pihak Poland.

“Keputusan kami jelas, bahawa tidak akan menghadiri persidangan dan mengulangi bahawa tiada pihak yang mengarahkan untuk Palestin berpendirian sedemikian,” kata Perunding Palestin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat di Twitter, semalam.

Dalam kenyataan berasingan, pegawai kanan Pihak Berkuasa Palestin, Hussein al-Sheikh turut menolak jemputan berkenaan, dan menyatakan bahawa keputusan itu adalah bagi pihak rakyat Palestin.

Kenyataan berkenaan dibuat sehari selepas seorang pegawai AS menyatakan bahawa rakyat Palestin dijemput ke persidangan Warsaw, yang digambarkan sebagai perbincangan daripada rundingan.

Terdahulu, Kementerian Luar Palestin menyifatkan persidangan AS-Poland itu sebagai konspirasi negara pembuli, Amerika itu untuk menerima pakai pandangan AS mengenai isu-isu di rantau ini, khususnya Palestin.

Persidangan antarabangsa itu akan berlangsung di ibu negara Poland bermula 13 hingga 14 Februari ini, yang didakwa akan memberi penekanan dan tumpuan kepada kestabilan, keamanan serta kebebasan di Timur Tengah.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close