Berita UtamaUtama

Osman membisu isu kelayakan akademik, ‘ijazah palsu’

Netizen pertikai kerana Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di UPM

KULAI, 4 Jamadilakhir 1440H, Khamis – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dilaporkan enggan menjawab isu dakwaan beliau memiliki ijazah dan diploma palsu dari sebuah universiti tempatan.

Walaupun diasak media, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor itu hanya tersenyum ketika diminta menjawab dakwaan yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Beliau kemudian beredar meninggalkan Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Tahun Baharu Cina 2019 di Dewan Serbaguna Taman Putri di sini, hari ini, lapor Berita Harian.

Butiran yang disiarkan di laman Facebook milik Osman menyatakan, beliau mempunyai Sijil Perakaunan dari Metro Manila College, Filipina; Diploma dan Ijazah Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Namun tidak dinyatakan semua sijil itu diperoleh bila.

Bagaimanapun, netizen mula mempertikaikan kelayakan Osman yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan daripada UPM.

Hasil pemeriksaan mereka mendapati UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985, manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di universiti itu.

Susulan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor menggesa Osman tampil membersihkan tuduhan berhubung kelayakan akademik beliau yang didakwa meragukan.

Ketua Penerangannya, Johan Azam Mohd Yasin menegaskan, Osman perlu menunjukkan bukti sijil ijazah asli yang diperolehnya ketika belajar dahulu.

“Bagaimana seorang Menteri Besar boleh menipu mengenai kelayakan akademiknya hendak meminta rakyat untuk menghormatinya dan menggangap beliau sebagai seorang pemimpin memiliki kredibiliti?,” soalnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close