Berita UtamaIstimewaUtama

Inilah habuannya! Yadim sudah mula berdakwah untuk DAP

Pelantikan orang politik dalam institusi agama, GLC pasti mempromosi serta menjaga kepentingan parti diwakili berbanding tujuan berdakwah

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Sudah dijangka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjadi proksi kepada parti tamak haloba DAP memperluaskan agenda dan dakyah politik mereka, kata aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid.

Buktinya semalam, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yadim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh daripada DAP, Sheikh Omar Ali, menggunakan pentas dakwah TV Alhijrah mempromosi parti itu, sedangkan ia sepatutnya membicarakan hala tuju yayasan berkenaan.

Memberitahu Ismaweb.net hari ini, Aidil yakin Yadim yang sebelum ini berteraskan kegiatan dakwah Islam di Malaysia, akan menyimpang hala tujunya dengan kemasukan tokoh-tokoh DAP.

Beliau berkata, sepatutnya Yadim yang juga entiti berkaitan kerajaan (GLC) – walaupun tidak berorientasikan keuntungan – bebas daripada pengaruh politik, lebih-lebih lagi individu dan parti yang jelas menentang agenda dan perkembangan Islam di negara ini.

“Inilah habuannya. Dalam program Analisis TV Alhijrah yang bertajuk ‘Yadim: Arah & Haluan?’, yang sepatutnya dia bercakap mengenai Yadim, boleh pula dia bercerita perihal DAP. Langsung tidak ada kena mengena. Itu namanya proksi,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas program Analisis malam tadi, yang menampilkan Sheikh Omar dan Yang Dipertua Yadim, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz – bekas calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam rancangan berkenaan, Ahli Exco Negeri Johor itu lebih berbicara perihal DAP, termasuk mempertahankan parti itu kononnya, memperjuangkan demokrasi sosial, bukan demokrasi sekular seperti yang didakwa.

Sheikh Omar juga menyangkal dakwaan bahawa DAP tidak bersetuju Islam diperkasakan, selain menafikan parti itu tidak mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan.

Apa sahaja alasan diberikan, Aidil menegaskan pelantikan mereka tidak boleh diterima, kerana PH tidak menepati janji apabila berkeras melantik ahli-ahli parti bagi mengisi jawatan dalam GLC.

“Isunya bukan DAP atau tidak; tapi isunya lantikan politik, yang menunjukkan sekali lagi PH mungkir janji. Kerajaan banyak kali beri alasan bahawa ada janji yang mereka tak dapat tepati, kerana masalah kewangan akibat beban ditinggalkan kerajaan lama.

“Tapi dalam isu lantikan politik, kerajaan sudah tentu tidak boleh menggunakan alasan itu lagi. Sebab ia tiada kena mengena dengan masalah kewangan. Lantikan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan hari ini tidak menghormati janji-janji yang mereka berikan kepada pengundi,” katanya.

Difahamkan, hampir semua lantikan dalam agensi di bawah kerajaan itu dipersoalkan kerana didominasi individu yang mempunyai kaitan politik, berbanding sebelum ini.

Mereka adalah enam individu dari Parti Amanah Negara (PAN), Nik Omar; timbalannya, Zolkharnain Abidin; Datuk Abdul Ghani Shamsuddin; Ahmad Sayuti Bashiron; Shamsul Ma’arif Ismail dan Maznah Daud.

Dua lagi membabitkan wakil PKR iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan seorang wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Samsu Adabi Mamat dan Sheikh Omar (DAP).

Siaran langsung Analisis malam tadi bukti Yadim kini ‘proksi’ DAP

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close