Berita UtamaDuniaUtama

Bangladesh sekat cubaan Rohingya lari ke Malaysia

2 individu perdaya pelarian minta bayaran AS$1,000 setiap seorang

COX’S BAZAR, 4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Pasukan keselamatan Bangladesh berjaya menyekat 30 pelarian etnik minoriti Islam Rohingya daripada melarikan diri menuju ke Malaysia – negara yang lebih aman dengan majoriti rakyatnya adalah muslim.

Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) turut menahan dua individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia dalam satu operasi di kawasan Cox’s Bazar, kelmarin.

BGB menahan 17 wanita, enam kanak-kanak dan tujuh lelaki berhampiran dengan pantai Teknaf – yang bersempadan dengan Rakhine – ketika mereka cuba melarikan diri dengan bot.

Jurucakap BGB, Asadud Zaman Chowdhury berkata, dua suspek berkenaan telah memperdaya 30 pelarian Rohingya di kem Cox’s Bazar dengan bayaran AS$1,000 setiap seorang, untuk laluan selamat ke Malaysia.

Beliau berkata, semua pelarian Rohingya terbabit telah dihantar semula ke kem berkenaan.

Kira-kira 74,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh berikutan tindakan kejam yang dilakukan rejim Myanmar di negeri Rakhine. Sejak itu, pelarian Rohingya hidup dalam keadaan miskin di kem-kem di Cox’s Bazar.- Agensi
 
 
 
 
Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close